Uncategorized

PENTINGKAH VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK?

Pentingkah vaksin untuk kanak-kanak? Adaa ni jarang sekali ‘take side’ sebab bagi adaa semua orang ada pendapat tersendiri. Tapi dalam hal ni, adaa tak boleh bersikap neutral..adaa tak faham kenapa ada sesetengah ibu bapa yang anti-vaksin. Katanya vaksin ni satu dakyah barat lah, vaksin membahayakan anak-anak mereka lah..herm..

Minggu lepas ada status seorang junior sekolah adaa tentang ibu bapa yang tak mahu berikan anaknya suntikan vaksin tetapi bila anak sakit, cepat-cepat dibawa ke hospital. Ini situasi yang agak menjengkelkan para doktor. Bila diminta dapatkan suntikan vaksin, mereka menolak, tetapi bila anak menunjukkan tanda selsema atau tidak sihat, mereka mula paranoid..mana doktor tak marah..bila diminta beri vaksin, tak mahu, tapi bila sakit cari doktor pulak..

Adaa faham, setiap ibu bapa ingin berikan yang terbaik buat anak..tapi dengan TIDAK MEMBERIKAN SUNTIKAN VAKSIN atau sengaja MELENGAHKAN atau TIDAK AMBIL PEDULI tentang suntikan vaksin hanya akan membahayakan anak kita sendiri.

PENTINGKAH SUNTIKAN VAKSIN?

Imunisasi penting untuk memastikan bayi kita terhindar dari penyakit seperti sawan, kebutaan, kerosakan otak dan lebih teruk, kematian. 

Malaysia ni terdapat pelbagai virus, malah ada yang datang melalui bawaan pendatang asing. Jadi kita di Malaysia sangat terdedah dengan pelbagai penyakit. Jika imunisasi lemah, kita akan mudah dijangkiti dan ini lah yang boleh menyebabkan tersebarnya sesuatu penyakit yang akhirnya menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Selepas bayi kita lahir, terdapat program imunisasi yang harus diikuti dan program ini telah menghindarkan lebih 95% daripada bayi di Malaysia (yang mendapatkan suntikan vaksin) daripada dijangkiti penyakit Hepatitis B, meningitis, batuk kokol, tubercolosis, measles. Kadar kematian bagi bayi berusia bawah setahun juga cukup rendah iaitu 3 daripada 1000, setaraf dengan negara maju seperti di UK.

kadar imunisasi

 

Ini sumber yang adaa dapat dari blog Dr.Zubaidi boleh lihat statistik antara bayi yang mendapat vaksin dan yang tidak mendapatkan suntikan vaksin. Kita boleh lihat perkaitan yang jelas, jika bayi berusia setahun kebawah mengambil suntikan vaksin, kadar kematian boleh dikurangkan. Jadi, kenapa mesti kita elakkan pengambilan vaksin?

Di Malaysia, seperti yang adaa kata tadi, terdapat banyak virus berbahaya disebabkan keadaan iklim kita dan juga kemasukan pendatang dari luar negara. Jadi langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan ini amat perlu. salah satunya dengan suntikan vaksin ni lah.

Juga, cuba fikirkan, kita mahu berikan yang terbaik buat anak kita, tetapi betulkah tindakan kita? sudahkah kita berbincang dengan doktor dan pakar perubatan? Jika jika mengambil keputusan untuk tidak memberikan suntikan vaksin, kita harus ingat..anak kita bukan terkurung dirumah, tetapi dihantar ke nursery, taska, sekolah dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Kita tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri ya..jika anak kita tidak mengambil suntikan vaksin, mereka akan lebih senang dijangkiti penyakit dan seterusnya menyebarkan virus tersebut kepada kanak-kanak lain. Bukan kah itu sesuatu yang tidak patut? disebabkan tindakan kita, anak kita malah anak orang lain mendapat kesan yang tidak elok.

Maaf, bukan menghentam sesiapa, cuma bagi Adaa, perlulah difikirkan semula..dan bagi kita sebagai ibu bapa..jangan mudah mendengar konspirasi liar atau sesuatu yang tidak pasti.

Dapatkan info yang sahih dari pakar perubatan bertauliah dan bincang dengan teliti. Soal keselamatan, insyaAllah, setiap vaksin telah diuji dan dikaji dengan teliti. lihat pro dan contras nya dengan teliti mana yang lebih baik.

Lagi satu, jika kita bukan anti-vaksin, pastikan kita mengikut jadual suntikan imunisasi yang telah digariskan oleh pihak berkuasa. Jangan jadi ibu bapa yang ‘ignorance’ dan ambil mudah..sebab jika anak kita dijangkiti, dan mereka tidak pernah mengambil suntikan, risiko untuk mereka lambat sembuh dan mereka sakit lebih teruk adalah tinggi berbanding kanak-kanak yang mendapat suntikan imunisasi. Kalau terlupa, cepat2 pergi ke klinik dan beritahu segera.

ok ibu-ibu bapa-bapa sekalian? saya hormati pendirian anda semua dan ini sekadar pendapat general adaa sahaja..

peace no war 😀

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s