Pelbagai

KOLESTEROL TINGGI: KETAHUI 6 PENYEBAB DAN 3 KESAN PALING BAHAYA

Baru-baru ni adaa mendapat sms dari kenalan merangkap customer adaa di bangi dulu..sis ni kata dia ada kolesterol tinggi dan tiba-tiba sahaja didapati menghidap tekanan darah tinggi dan terpaksa dimasukkan ke wad. Sedih betul bila mendapat sms dari dia..masa adaa nak pindah ke terengganu dulu, sempat adaa COD barang dia dulu dan bagitahu adaa nak pindah..dan dialah satu-satunya customer yang memeluk adaa..huhu terasa macam kakak sendiri dah.

Selang beberapa hari dapat lagi sms ..lagi sedih..dia minta maaf jika ada salah silap dan minta halal jika ada terlebih terkurang..berderau darah adaa..mungkin terkejut kerana tiba-tiba disahkan ada penyakit, membuatkan dia risau dan sedih..apatah lagi anak-anak masih kecil..tapi insyaAllah, akak akan sembuh kak..adaa sentiasa doakan ­čśÇ

Bila mendengar berita macam ni, pastinya kita sedih, risau..tapi apalah yang adaa boleh lakukan..cuma berdoa dan berharap perkongsian info dari adaa membawa manfaat buat diri sendiri dan korang semua.

APAKAH PUNCA KOLESTEROL TINGGI?

Ramai beranggapan kolesterol tidak elok untuk badan. Sebenarnya kolesterol memainkan peranan penting dalam tubuh kita :

  • menyumbang kepada pembentukan struktur dinding sel
  • membantu tubuh dalam penghasilan Vitamin D
  • Membolehkan tubuh menhasilkan hormon tertentu

Tetapi kolesterol dalam tubuh boleh menjadi berbahaya kepada kesihatan kita sekiranya tidak dikawal pada tahap selamat.

Kolesterol dalam darah boleh melebihi paras normal disebabkan oleh beberapa faktor:

1. PEMAKANAN

pemakanan yang tidak seimbang antara punca terbesar kolesterol tinggi. Malaysia kaya dengan makanan berminyak, berlemak dan tinggi kolesterol. Jadi tidak hairanlah ramai rakyat malaysia menghadapi masalah kolesterol tinggi. Cuba elakkan pengambilan lemak dari sumber haiwan seperti daging lembu, telur, susu, mentega, keju dan juga pengambilan lemak dari sumber tumbuhan seperti santan, minyak kelapa, minyak sawit. walaupun kandungan kolesterol dari sumber tumbuhan jah lebih rendah tetapi pengambilannya tetap harus dikawal.

2. BERAT BADAN

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan kolesterol jahat dan merendahkan kolesterol baik HDL.

3. PERGERAKAN FIZIKAL

kurang senaman atau pergerakan boleh meningkatkan kolesterol jahat LDL, jadi banyakkan bergerak, jangan hanya duduk sahaja.

4. USIA

Kolesterol akan mula meningkat selepas usia mencecah 20-an.

5. SEJARAH KESIHATAN KELUARGA/KETURUNAN

Jika ahli keluarga kita mengalami kolesterol tinggi, ini akan meningkatkan lagi risiko atau peluang untuk kita juga turut mendapat penyakit yang sama

6. MEROKOK

Merokok boleh membunuh kolesterol baik anda. Jadi, buat keputusan yang bijak demi kesihatan kita ok.

itu antara penyebab paling popular lah..dah tahu kan? jadi kita kena buat perubahan.

 

KESAN KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan atherosclerosis iaitu pengumpulan atau timbunan kolesterol dan bahan buangan lain didinding arteri. Ini akan menyebabkan terjadinya plak di dinding arteri yang menyempitkan laluan darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi seperti:

1.  SAKIT DADA

jika arteri yang membekalkan darah ke jantung dipenuhi plak, (arteri koronari), ini boleh menyebabkan anda mengalami sakit dada atau juga dipanggil angina.


high cholesterol 1

 

2. SERANGAN JANTUNG

Jika plak didinding arteri tadi retak atau terkoyak, ini boleh menyebabkan gumpalan darah dibahagian tersebut dan boleh menghalang laluan darah ke jantung.  Lebih teruk lagi jika ianya runtuh, serpihan tersebut boleh menghalang dan menyekat terus laluan ke jantung dan menyebabkan serangan jantung.

STROK
STROK

3. STROK

Seperti juga dengan jantung, tetapi kali ini melibatkan laluan ke otak.  Jika laluan ke otak terhalang, anda akan mendapat serangan strok

Inilah kesan paling teruk yang boleh terjadi akibat kolesterol tinggi. Untuk kesan yang lebih detail, adaa cadangkan jenguk link ni ye ..ada 11 kesan dan penerangan yang bagus. SINI

Jadi dah tahu penyebab dan kesannya kan? jangan ambil mudah. Sayangi diri kita.

Esok kita sambung dengan cadangan rawatan atau set yang sesuai ok?

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

3 thoughts on “KOLESTEROL TINGGI: KETAHUI 6 PENYEBAB DAN 3 KESAN PALING BAHAYA

  1. Assalamualaikum sy nak taye ibu sy mengalami penyakit strok,kerana kolestrol terlalu tinggi,boleh sy tahu cara2 untuk mengurangkan kolestrol.

    Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s