PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

JADI WAHM LEBIH MUDAH DARI IBU BEKERJAYA?

Betul ke jadi WAHM lebih mudah daripada keluar bekerja? Ada ke cabaran surirumah atau (Work At Home Mom) WAHM dalam bisnes online? Selalunya yang adaa dengar orang yang bekerja menghadapi banyak cabaran untuk berniaga online. mana tak nya, dah lah bekerja, nak buat bisnes lagi. Tapi surirumah yang buat bisnes online..ada ke cabaran?

Rata-rata bila pergi seminar atau kelas, pasti ramai ibu-ibu yang bekerja berkongsi pengalaman dan susah payah mereka dalam menjalankan bisnes online. Pagi-pagi seawal 4.30 pagi dah kena bangun, siapkan baju suami, baju anak, sarapan, kemas rumah, kemudian bekerja hingga jam 6 petang..balik pulak kena masak, jaga anak-anak kecil, berkemas, cuci baju ..habis bila nak bisnes online? mencabar kan? ya memang mencabar..tapi setiap cabaran boleh diatasi..

Kali ni adaa taknak cerita tentang cabaran ibu bekerja untuk berniaga online..tapi adaa nak cerita tentang wahm..bila dengar luahan hati atau perkongsian ibu-ibu, semua kata nak jadi WAHM..adakah bila dah berhenti kerja, lebih senang nak buat bisnes online atau dalam erti kata lain, WAHM..ibu yang bekerja dari rumah. Adakah cabaran nya tiada?

Ok, kali ni adaa mewakili ibu yang berada dirumah/surirumah dalam menjadi WAHM. Ada tak cabaran dari segi masa? tenaga?

Jom lihat senario ni..seorang surirumah bukan sekadar berada dirumah dan mempunyai banyak waktu kosong..lepak, tidur, makan..bagi Adaa, tiada bezanya dengan ibu bekerja. Bangun pagi, siapkan anak-anak dan suami, sarapan, kerja rumah..lepas tu dengan hantar dan ambil anak disekolah sambil jaga baby dirumah yang perlukan perhatian yang lebih, masak lagi tengahhari, petang, malam, cuci rumah, pos barang, beli barang dapur..macam-macam..pendek kata, dikala ibu lain bekerja dipejabat, ibu dirumah juga bekerja..cuma ‘job scoop’ berbeza..kadangkala, cabarannya lebih menguji jiwa dan emosi kerana sentiasa ‘diganggu’ dengan kerenah baby yang tak tentu jadualnya..kalau anak seorang, ok sikit..anak 3 4 5? setiap masa ibu diperlukan. tiada waktu bersendirian untuk menulis blog, update status dengan tenang kecuali ketika anak tidur..itu pun kalau tidur..huhu kadangkala ibu terpaksa menjadi supermom dengan buat pelbagai kerja dalam satu masa.

itu secara general..macam mana dengan pengalaman adaa? Pengalaman Adaa mungkin sedikit berbeza..adaa seorang WAHM dan suami pula WAHD..suami kadangkala di opis, dan kebanyakannya dirumah..dirumah pun kami ada sebuah bilik kecil yang kami jadikan opis..jadi, kami dua-dua buat kerja dirumah..anak 3, 1 sekolah hingga pukul 1tengah hari sahaja, 2 lagi setahun setengah dan 4 tahun..fasa masih perlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa. Jadi, kami berdua terpaksa mencuri masa, kadangkala bergilir..walaupun kami ada opis, tetapi, setiap kali kami duduk dikerusi tu, anak2 kami akan datang dan menarik-narik tangan..samada mahu ajak bermain, atau nak menyibuk sama hadap laptop, tekan-tekan, buat kacau, selerakkan stok shaklee, barang niaga husband, apa-apa saja aktiviti..budak tengah lasak katakan..jadi dah sah-sah tak boleh fokus..sampai kami panggil kerusi tu ‘kerusi puaka’ hehehe kalau duduk aje, pasti ada yang meraung, merengek, mengacau.

SOHO
SOHO

memang mati akal..budak-budak ni kalau ibu bapa depan mata mereka lebih banyak kerenah ye tak? cuba kalau kita takda depan mata, baik je..jadi itu satu cabarannya..kemudian, adaa kena pastikan rumah dibersihkan, makanan disediakan setiap kali waktu makan. Bukan sekadar untuk anak-anak..kalau anak-anak kita masak ala kadar pon ok jer kan..telur goreng ke ape ke, tapi disebabkan kami semua ada dirumah termasuk suami, jadi setiap waktu makan kenalah hidangan proper kan..

Kalau diikutkan memang bukan senang..itu yang kadangkala jadi supermom tu..contoh? hehe sambil masak, sambil balas whatsapp, sambil coaching anak-anak bisnes, sambil siang bawang, sambil lipat kain..apa sahaja lah yang boleh dilakukan dalam satu masa. Adaa pernah kat dapur, sebelah tangan mengacau gulai, sebelah tangan balas sms..sampai suami kata ‘ada jugak jadi gulai telefon tu‘ heheh tapi itu sahajalah cara untuk mencuri masa..sambil susukan anak, sambil berzikir atau tulis blog..mujur banyak apps ada dalam hp..lebih memudahkan kerja..sambil basuh baju, sambil siang ayam, bawang, sayur..macam adaa, dapur dekat dengan bilik opis..jadi kalau kadang-kadang urgent nak buat order online ke, ha berlari-lari lah ulang alik dari dapur ke opis..kejap sana kejap sini..kang hangus pulak kalo leka kan..

kalau siangnya kita rasa akan jadi terlalu sibuk, adaa cuba bangun awal..bangun pagi-pagi tulis blog, update status dan schedule kan supaya akan diupdate secara automatik, apa-apa sahaja yang boleh diselesaikan dahulu..kadangkala kantoi jugak sebab anak nangis nak susu..

satu lagi cara, adaa memang biasakan anak-anak tidur awal..lepas makan dalam kul 7 tu..dah siap-siap mandi, mengaji semua..dalam kul 830 mlm adaa dah matikan lampu dan sedia untuk tidur..dan selalunya dalam pukul 9 diorang dah tidur..paling lambat pun pukul 10..itu kalau bateri diorang terlebih cas hehe..lepas tu boleh lah adaa gunakan dalam 2 jam untuk bershaklee sebelum masuk tidur pukul 12 gitu..

lagi satu cabaran..anak-anak zaman sekarang dah bijak guna gadjet..dan kalau berniaga online ni laptop, smartphone tu dah macam nyawa..kena ada dan dibawa selalu..tapi anak-anak pulak berebut nak tengok gambar lah, main game lah..nampak je telefon mulalah meraung nak guna..yang adaa dan suami ni sampai sorok-sorok nak guna telefon kalau nak buat kerja atau layan customer atau buat order..bukan senang ye tak? mujur tak menyorok dalam toilet jer haha

boys & gadjet
boys & gadjet

Jadi, agak-agak ada tak cabaran? hehe bukan apa ye, kadangkala ibu yang bekerja tidak bersedia dengan kemungkinan ini..dalam fikiran mereka, kalau dah berhenti kerja, lebih mudah..selalunya tak begitu..ditempat kerja, jadual kita diatur..masuk pukul berapa, keluar pukul berapa..tapi dirumah, kita kena atur sendiri..disiplin kena lebih tinggi..sebab tiada bos yang nak paksa2 kita..kita lah bos, kitalah kuli, jadi kita kena paksa diri kita sendiri. Kalau tak bersedia dengan mentaliti tu, nanti kita akan hanyut..leka..best relax-relax sampai tak jadi satu kerja pun..makin lama makin stress nanti..

Bagi Adaa, tak kiralah kita ni surirumah ke, ibu bekerja ke, cabarannya ada..semua orang ada cabaran cuma berbeza..orang anak 3 lain cabaran dengan anak 7, orang yang bekerja lain cabaran dengan surirumah..tiada siapa boleh kata aku lebih banyak kekangan berbanding korang..NO..individu ni berbeza kerja, emosi, perwatakan, cara hidup, dan macam-macam lagi..jadi cabarannya juga berbeza. Jadi nak jadi WAHM ke tak ke semua mencabar..cuma bersedia sahaja lah untuk menghadapi cabaran tu..

jangan pulak kata, taknak lah kerja, nak jadi WAHM jer masuk jugak duit..yes, ade betulnya tapi ada juga salahnya..WAHM pon belum tentu senang..kesimpulannya, hadap aje..setiap apa didunia ni ada cabarannya..jangan banding dengan orang lain..jangan pelik kalau jalan kita lambat dari orang lain atau cepat dari orang lain..sebab kita semua berbeza..apa yang penting, kita teruskan dan tak give up along the way dan semoga berjaya dipenghujungnya. Itu paling penting.

Kalau rasa-rasa nak jadi WAHM, jom..ada manisnya, ada pahitnya..yang pasti tu semua yang mewarnakan hidup..buat pilihan yang terbaik buat diri sendiri, jangan ikut orang ok? dan ibu-ibu..sila jangan ‘judge’ ibu yang bekerja atau surirumah..kita semua sama..nak buat yang terbaik untuk berikan yang terbaik buat keluarga..so kita perlu saling menolong.

Itu sebabnya Adaa disini..bagi ibu-ibu yang nak berjaya tapi agak-agak perlukan sokongan, jom! kite chat2 hehe

*anak dah meraung. kene berhenti tulis hehe

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s