Uncategorized

PUNCA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

TELOGEN EFFLUVIUM adalah perkataan saintifik untuk keguguran rambut selepas bersalin. Perkara ini normal terjadi bagi ibu-ibu selepas melahirkan. Bila kita lihat rambut penuh segenggam dalam tangan pastinya membuatkan kita cemas dan risau, risau akan botak. Malah ramai ibu yang rambut semakin menipis dan hampir botak! Adakah ini juga normal?

KENAPA IA TERJADI?

Dalam keadaan normal, kita akan mengalami keguguran rambut sekitar 100 helai sehari. Rambut kita berada dalam fasa ‘rehat’ kira-kira 15% dan selebihnya dalam fasa pertumbuhan. Rambut yang berada dalam fasa rehat tadi, akan gugur setelah tamat waktu rehat dan kemudiannya akan menghasilkan rambut baru.

Bagi ibu-ibu yang mengandung pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon estrogen akan meningkat dan ini menyebabkan rambut kita kebanyakannya berada dalam fasa rehat lebih lama jadi hanya sedikit yang akan gugur.. Jadi sewaktu hamil, rambut lazimnya lebih lebat dari biasa dan hanya sedikit yang gugur.

Setelah melahirkan bayi, hormon estrogen akan mula mengalami perubahan dan kembali normal. Jadi pada ketika ini, rambut kita yang berada di fasa rehat tadi akan mula gugur. Selalunya perkara ni terjadi selepas 3, 4 bulan kita melahirkan anak. Kalau selalunya kita cuma gugur dalam 100 helai rambut, selepas bersalin kita mungkin gugur sehingga 500 helai rambut setiap hari! bagi sesetengah orang mungkin tidak perasan, tetapi jika ibu-ibu mempunyai rambut yang sememangnya halus dan nipis, memang mengalami masalah rambut gugur sejak awal, kurang nutrien, mungkin akan perasan yang rambut semakin menipis.

Selalunya keadaan akan kembali normal selepas umur anak kita mencecah setahun.

Dulu orang-orang tua selalu kata, rambut gugur sebab anak suka menyembur..sebenarnya, bukan sebab anak tu menyembur air liur kita pun keguguran rambut. Pendapat tu taklah 100% betul dan tak lah 100% salah. Selalunya bayi mula menyembur-nyembur air liur sewaktu mereka berusia 3 atau 4 bulan, dan ketika itulah hormon mula kembali normal dan menyebabkan rambut gugur tadi. Jadi betul jugaklah kata orang-orang tu terutamanya dari segi tempoh masa tu 😀

Jadi, keguguran rambut tadi hanyalah disebabkan hormon. TETAPI jika keadaan tidak kembali normal selepas anak berusia 1 tahun, itu mungkin petanda anda kekurangan zat besi atau hypothyroidism. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rambut gugur.

Jadi ibu-ibu, dah tahu kan punca rambut gugur? Nanti kita lihat cara mencegah dan memulihkan rambut pulak lepas ni 😀

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s