Uncategorized

8 TIPS ELAK RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Okey, tadi Adaa pagi tadi adaa dah jelaskan apa punca rambut kita gugur selepas bersalin kan. Ada yang teruk, ada yang tidak..walaupun ianya hanya sementara, tetapi kadang-kadang kita risau kan? dan ada juga yang berlarutan walaupun selepas anak dah berusia 1 tahun. Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk elak lebih banyak rambut gugur?

1. ELAK IKAT RAMBUT TERLALU KETAT

Perasan tak, kita ni kalau rambut panjang, suka ikat rambut ketat-ketat, tarik rambut kuat-kuat. Ini boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur terutamanya sewaktu tempoh lepas 3, 4 bulan kita melahirkan anak. Dahlah masa tu memang fasa rambut sedang gugur, ditambah pula kita tarik dan ikat rambut sampai terik kulit kepala, lagilah banyak yang gugur.

2. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Masa berpantang, ramai lagi ibu-ibu yang ‘menyekat’ makanan..memang mengikut tradisi orang zaman dahulu, air tak boleh minum banyak, buah tak boleh makan, sayur pun kena pilih-pilih..sudahnya ibu makan nasik putih dengan ikan bakar je selama 40 hari. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan nutrisi ye..bukan sahaja mengganggu penyusuan, malah mengganggu proses baik luka, sistem badan dan keguguran rambut tadi. Amalkan makan lebih banyak buah dan sayur kerana ianya mempunyai flavinoid dan antioksidan yang membantu kesihatan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

3. PENGAMBILAN VITAMIN

Tubuh kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan sistem badan yang optimum. Pastikan kita mengambil vitamin B, C dan E serta zink bagi menjamin kekuatan dan kesihatan rambut kita.

4. PEMILIHAN SYAMPU

Pilih syampu dengan kandungan bebas kimia dan bahan-bahan yang berkualiti seperti biotin yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

5. SIKAT/BERUS RAMBUT

Gunakan sikat yang jarang dan tidak terlalu rapat bagi mengelakkan ianya menarik rambut kita. Atau lebih baik gunakan berus rambut yang lembut.

6. ELAKKAN PENGGUNAAN ALATAN PENGGAYAAN RAMBUT

Alat seperti ‘hair dryer’, ‘curling iron’, ‘hot rollers’, itu semua boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Sebolehnya, biarkan rambut kering secara semulajadi.

7. GUNTING RAMBUT

Jika ada rambut bercabang, trim dihujung rambut untuk membuang rambut bercabang yang tidak sihat. Rambut yang tidak sihat menghalang pertumbuhan rambut.

Cuba berambut pendek :D. Bila rambut kita panjang, ianya akan lebih berat dan menarik kulit kepala kita seterusnya menyebabkan rambut gugur. Jadi, lebih baik potong pendek rambut kita untuk elak rambut gugur selain menampakkan rambut lebih lebat.

8. ELAK STRESS

Stress boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, ceriakan diri dan amalkan pengambilan vitamin B complex untuk elak stress.

Rujukan: sini

BOLEHKAN SHAKLEE MEMBANTU?

Dah tentu lah 🙂

SET RAMBUT GUGUR
SET RAMBUT GUGUR

Untuk mendapatkan PROMO FEBRUARY 2015 boleh hubungi Adaa ye atau pembelian SET RAMBUT atau produk secara berasingan menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa ok?)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s