PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

MAKE A CHANGE

adaa nak mulakan entry hari ni dengan satu gambar

MAKE A  CHANGE
MAKE A CHANGE

Ramai orang ingin berjaya..bila tengok orang lain kaya, kita pun nak kaya, bila tengok orang senang kita pon nak senang, bila tengok orang cantik kita pun nak cantik, bila tengok orang kurus kita pon nak kurus, tapi satu yang kita taknak; BERUBAH.

Adaa menulis bukan dari segi bisnes sahaja, tapi dari segala hidup kita..manusia ni memang sukakan kesenangan, kenikmatan, tapi tidak suka bersusah payah. Bila kita nakkan sesuatu yang indah, pastinya kita kena berusaha kan..tapi tak ramai yang mahu berubah dari rutin dan kebiasaan mereka dan mula lakukan sesuatu yang lebih untuk mendapat lebih kesenangan.

Dalam dunia sekarang ni, kewangan dah menjadi satu perkara yang meruncing. SEGALANYA PERLUKAN DUIT WALAUPUN DUIT BUKAN SEGALANYA. ada orang mengambil langkah untuk merungut, ada yang mengambil langkah lebih bijak iaitu untuk memulakan bisnes atau mencari side income. Ini yang adaa maksudkan dengan PERUBAHAN.

 

MAKE A CHANGE 2

cuba lihat kembali diri kita..kita kata kita dah berusaha sehabis baik dalam hidup..kita kata kita dah buat yang terbaik, yang tip top, dah all out..tapi betul ke?

ok ini satu indikasi untuk anda dan adaa juga, KALAU DIRI BELUM BERASA PAYAH, JERIH, SIBUK, jangan kata anda dah buat perubahan. Orang yang buat perubahan, akan melakukan sesuatu diluar ZON SELESA mereka dan pastinya akan terasa kesusahan pada awalnya. Kalau hidup terasa senang aje, lancar aje..belum cukup berubah lah tu.

Adaa nak kongsikan kisah pendek:

pernah kenal seorang surirumah yang namanya SYUHADA? ya saya lah tu ..bukan berbangga, jauh sekali riak..adaa cuma ingin berkongsi cerita. Adaa dah banyak kali juga sebut dalam entry sebelum-sebelum ni  di SINI..

Adaa bukan orang senang, keluarga susah masa kecik..tapi sejak adaa diberi tawaran belajar di Belfast, dan selepas Umi berkahwin dengan Ayah, hidup adaa bertambah baik…pendek kata, berduit lah berbanding orang lain yang sama sekolah ke sama kolej ke dengan Adaa.

Bila berkahwin, semua orang ingin berdikari kan..dan indahnya percaturan Allah, walau dengan sekeping kertas tertulis MASTER, first class honour, from UK tak menjamin satu pekerjaan pun untuk adaa. Tak apply? merata adaa apply..tapi macam yang adaa cakap tadi..percaturan Allah lebih indah..memang adaa dah bersuami waktu tu, kami mulakan hidup berkeluarga lebih awal dari kawan-kawan yang lain..jadi, sebaik sahaja suami habis belajar, dah ada anak satu pun..dan dengan adaa yang tiada pekerjaan, boleh bayanglah kan..cukup-cukup makan jer..

Mulai dari situ adaa mula BERUBAH..cari peluang untuk buat duit..dan disebabkan dah ada anak 1 masa tu, adaa mula cari benda yng boleh dilakukan dari rumah..dipendekkan cerita, adaa bertemu dengan kak cery, mentor SHAKLEE adaa..dan dari ZERO and i really mean ZERO, adaa mula tanam cita-cita dan berusaha. Mula hadap computer nak belajar pasal online, pasal blog, pasal segala-gala..mujur ade computer buruk tu dulu..naik berpinar biji mata hadap computer..tapi adaa syukur..perubahan tu lah yang membawa adaa disini sekarang 😀 Alhamdulillah..

dan sekarang, Adaa belum berhenti berubah sebab adaa tahu untuk maju dalam hidup, kita kena berubah..dan adaa bawa ke satu tahap lagi iaitu MEMBANTU ORANG BERUBAH..adaa nak lebih ramai jadi macam Adaa..malah lebih dari adaa..barulah dikatakan HEBAT!

Jangan jadi air yang bertakung, nanti jentik2 banyak..jangan jadi batu dalam air, nanti berlumut, jangan berhenti melangkah, teruskan bergerak barulah sampai ke destinasi.

MAKE A CHANGE 3

enuf said.

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s