B COMPLEX · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

VIVIX: PUNCA UBAN PRAMATANG DAN CARA MENANGANINYA

Uban satu perkara biasa bila usia kita menganjak ke angka yang lebih besar atau semakin tua. Tetapi macam mana pula dengan orang muda yang beruban..ya Allah stress nya kan? Kalau perempuan mungkin dilitupi tudung, kalau yang lelaki tak boleh nak sorok lah kan? Sebenarnya apa yang menyebabkan rambut kita yang hitam jadi putih?

Setiap akar helaian rambut kita dikelilingi oleh tiub tisu yang dipanggil folikel yang mengandungi sel-sel pigmen . Sel-sel pigmen ini menghasilkan bahan kimia yang dipanggil melanin yang memberikan warna kepada setiap helaian rambut kita samada hitam, coklat, perang atau merah dan sebagainya.

Apabila kita semakin tua, sel-sel pigmen mula mati dan pengeluaran melanin mula berkurangan. Ini menyebabkan rambut kita mula kehilangan warna dan menjadi kelabu, putih atau perak. Sebab itulah orang kata uban dikaitkan dengan faktor usia

Selalunya, bila waktu rambut seseorang mula beruban bergantung kepada usia dan juga genetik. Ada yang beruban cepat, ada yang beruban lambat. Kalau nak tahu bila kita akan beruban, cuba tengok ayah dan ibu kita. Itu boleh dijadikan ukuran tetapi tidaklah tepat. Walaupun genetik dan faktor keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan masa rambut kita bertukar kelabu, statistik menunjukkan bahawa usia purata bagi orang kulit putih beruban adalah pertengahan 30-an, orang Asia lewat 30-an dan Afrika Amerika adalah pada pertengahan 40-an. Jadi, kalau umur 20-an kita dah beruban, itu mungkin uban pramatang.

PUNCA UBAN PRAMATANG

apa yang menyebabkan kita beruban lebih cepat dari yang sepatutnya? Ianya bergantung kepada cara hidup dan ‘medical condition’ kita.

MASALAH PERUBATAN:

Penyakit tiroid : Tiroid yang kurang atau terlalu aktif boleh menjejaskan pengeluaran melanin dan menyebabkan kemunculan uban pramatang.

Kekurangan B12: Kekurangan B12 juga turut dikaitkan dengan uban pramatang.

Vitiligo: Vitiligo adalah penyakit yang terjadi apabila sel-sel pigmen yang bertanggungjawab dalam penghasilan kulit dan rambut rosak. Apabila sel-sel dalam kulit kepala rosak, pengeluaran melanin juga akan berkurangan dan rambut mula bertukar warna.

 

PEMILIHAN GAYA HIDUP:

Gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang kepada kejadian beruban pramatang. Contoh gaya hidup yang tidak sesuai ialah:

 

  • Merokok
  • Tekanan atau ‘stress’
  • Diet yang salah dan tidak seimbang
  • Kekurangan pemakanan dan nutrisi
  • Penggunaan pengering rambut (hair dryer) dan seterika rambut yang berlebihan.

Jadi kalau agak-agak kita tergolong dalam kumpulan yang adaa nyatakan tadi, cepat-cepat ambil langkah rawatan atau pencegahan ya.

CARA MENANGANI RAMBUT BERUBAN

Sekarang dah terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan rambut beruban. Selain daripada mewarnakan rambut, menggunakan syampu yang betul, memilih gaya potongan rambut yang betul, kita juga boleh mencuba cara tradisional..buat dari rumah pon boleh 😀

Salah satu cara yang berkesan untuk menangani rambut uban pramatang adalah dengan menggunakan daun kari (kadi Patta). Anda boleh masukkan daun kari tersebut dalam diet harian anda atau rebus dalam minyak kelapa dan satu di kulit kepala bila sudah sejuk.

DAUN KARI
DAUN KARI

 

Gooseberry India yang juga dikenali sebagai Amla berkesan untuk merawat uban pramatang Hanya potong buah tersebut dan keringkannya. Apabila sudah kering, campurkan dengan minyak kelapa sehingga ia menjadi serbuk, kemudian sapukan pada kulit kepala anda.

GOOSEBERRY INDIA / AMLA
GOOSEBERRY INDIA / AMLA

 

Anda juga boleh menggunakan Ashwagandha (ginseng India) pada kulit kepala anda untuk mengelakkan uban pramatang. Ashwagandha terkenal dalam meningkatkan kandungan melanin dalam folikel rambut anda. source

ASHWAGANDHA
ASHWAGANDHA

 

Ini cara-cara tradisional yang boleh anda gunakan. Tapi kalau malas sangat, apa kata telan aje VIVIX 😀

Bolehkan vivix membantu?

Seperti yang adaa bagitahu dalam entry sebelum-sebelum ni, VIVIX sangat kaya dengan kandungan resveratrol nya. Dan adaa juga kerapkali ulang yang resveratrol ini mempunyai pelbagai manfaat dan sangat berkuasa. Jadi, mampukah resveratrol mengurangkan kemunculan rambut beruban ni?

Resveratrol sangat terkenal dalam mengekalkan keremajaan seseorang dan melambatkan penuaan. Jadi, untuk menukar rambut beruban kepada hitam adalah agak mustahil, tetapi, untuk mengurangkan uban dan mencegah uban pramatang adalah sesuatu yang tidak mustahil dan sangat positif sesuai dengan fungsi resveratrol tersebut iaitu melambatkan penuaan.

Resveratrol juga merupakan antioksidan yang sangat hebat. Antioksidan sangat diperlukan oleh badan bagi mencegah kejadian radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Antioksidan yang mencukupi mampu memberikan sel yang sihat dan mencegah uban pramatang.

selain vivix dan resveratrol, apa lagi vitamin yang boleh membantu?

ANTIOKSIDAN

Vitamin C & E mengandungi ciri-ciri antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas, yang boleh menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu, sel-sel dan organ-organ, dan mengelakkan daripada kerosakan rambut. Vitamin C dan E juga boleh membantu melambatkan penuaan dan seterusnya mencegah uban pramatang.

VITAMIN B6

Vitamin B6 merupakan salah satu daripada 8 komponen vitamin B. Vitamin B6 adalah penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan membekalkan rambut anda dengan nutrient penting yang boleh membantu mengurangkan kerosakan rambut dan kejadian uban pramatang.

ASID FOLIK/ VITAMIN B9

Asid folik merupakan salah satu vitamin terpenting dalam mengekalkan rambut yang sihat dan kuat. Asid folik penting dalam membekalkan tenaga kepada sel dan meningkatkan fungsi sel. Kekurangan folik asid dikatakan boleh menyebabkan rambut beruban.

 

Jadi dah tahu kan apa punca dan cara terbaik untuk kita tangani rambut beruban pramatang?

NAK DAPATKAN HARGA PROMO?

JAN 2015 PROMO

 

ATAU UNTUK LEBIH PENJIMATAN

 

JAN 2015 PROMO 2

 

Untuk mendapatkan promosi JAN 2015  boleh hubungi adaa ye. Untuk pembelian SET UBAN/ UBAN PRAMATANG atau pembelian produk secara ala carte menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s