MY STORY

DARI DAPUR: SOTO AYAM SIMPLE

Setelah sekian lama tak buat soto..hari ni rasa nak buat lah pula kan..last buat masa kat Belfast dulu kot haha berzaman sudah..pagi ni pulak agak sibuk dengan fahry..hantar gi injection..kira dah lewat lah dari jadual masak ni, tapi takpelah, buat lah jugak ala kilat..laju dan simple hehe sementara fahry tido tadi..apa lagi, jom bersilat didapur!

 

soto ayam
soto ayam

Ini side dish lah ni..barang pun ikut yang mana ada kat dapur jer..

apa yang perlu ada:

  1. Ayam carik

  2. sambal kicap

  3. Sup ayam

  4. Taugeh, bawang goreng, daun bawang (kalau ada daun sup lagi bagus)

  5. Begedil

  6. Nasi impit atau bihun (adaa buat dua2 tadi)

 

Apa yang perlu buat dulu?

1. SUP AYAM

ini mudah bin simple hehe adaa cuma tumis bawang merah 2 ulas, bawang putih 2 ulas, halia sikit, lepas tu masukkan ayam, keringkan air ayam sikit, lepas tu masukkan air, sedikit garam, satu kiub ayam knor..biar kan dengan api sederhana..siap!

TIPS: api besar akan menyebabkan daging ayam terlalu kenyal , api perlahan seolah2 mereneh akan buat daging sangat lembut..kunyah guna bibir pun boleh hehe

2. AYAM CARIK

ayam dari sup tadi, keluarkan dan mula mencarik ayam tu ..nak guna tangan boleh, garfu pon boleh…ikut selera hehe

3. BEGEDIL

Ambil beberapa biji kentang size sederhana, potong macam wedges atau hiris pon boleh, gaul garam kunyit, kemudian goreng. Dah agak-agak masak, keluarkan dan lenyek sampai hancur. Tambahkan lada sulah/lada hitam, sedikit ayam carik, daun bawang, bawang goreng dan daun sup jika ada..gaul sebati, kemudian bulat2kan macam bola.

Ambil sebiji telur ayam, pukul bersama sedikit lada hitam/lada sulah dan garam. Jangan banyak sebab kentang tadi dah bergaram. golek-golek bedegil tadi dalam telur kemudian goreng..siap!

4. SAMBAL KICAP

Ambil dua ulas bawang putih, bakar seketika, kemudian tumbuk bersama cili api dalam 7-10 batang, sedikit gula. Bila dah lumat, masukkan kicap dan perahkan sedikit limau kasturi untuk lebih ‘kick’!

TIPS: tumbuk lada bersama gula boleh mengelakkan biji lada terpelanting-terpelanting. Jadi selamatlah mata anda 😀

tu sahaja..yang bihun tu, celur sahaja..kalau ada nasi impit, pastikan masak sejam atau dua jam sebelum..kira sebelum mula masak tu, rebus dulu nasi impit nye..adaa guna yang segera jer..senang..

 

dah siap!

soto ayam
soto ayam

Kalau ada rempah soto lagi best lah..tapi disebabkan ini soto ala simple dan cepat..ini lah sahaja yang boleh dibuat. Tapi ini pun dah sedap heheh

SELAMAT MENCUBA!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s