#THROWBACK · MY STORY

#THROWBACK: AKU, ISLAM & BELFAST

Baru lepas menonton AJL 29 malam td teringat blog masih sunyi untuk hari ni..dalam banyak-banyak lagu yang dipersembahkan hati Adaa tertarik dengan persembahan dari Caliph buskers yang menyampaikan lagu Roman cinta..waduh..meremang bulu roma ..adaa memang suka lagu ni..bila dengar pula ada vokalis baru mestilah ternanti-nanti kan..sekali..tabik spring!!!

image

Tahniah kerana menang Persembahan Terbaik..korang memang best!!

Ok cukup dulu pasal tu..kembali ke tajuk asal hehe

Petang tadi adaa tengok rancangan SalamUK di oasis..cerita tentang bagaimana penerimaan dan persepsi dunia terhadap Muslim dan Islam selepas kejadian September 11..ya Allah..Tuhan sahaja yang tahu..berapa ramai orang yang tak bersalah dipenjarakan, diseksa dan dihukum semata2 disyaki terlibat dalam tragedi tersebut walaupun tiada bukti sahih! Siap ada penjara khas untuk mereka dan antara 700 yang ditahan tu ada 15 orang remaja bawah 18 tahun..akibat diseksa dan didera..6 mati ketika dalam penjara..6 lagi ambil keputusan bunuh diri..dan sehingga kini..selepas 14 tahun..masih ada 100 lebih banduan yang belum dibebaskan..itu yang dipenjara..yang menerima layanan negatif disekolah..secara umum..di mana2 sahaja kita pergi..lagi banyak kan..adaa rasa kita semua mesti ingat saat2 dunia seolah kejam terhadap muslim..didiskriminasi dan dipandang serong..tapi Alhamdulillah..kini semakin baik..

Bila tengok tadi..teringat adaa masa di Belfast dulu..masa kejadian september 11 tu adaa baru form 5 ..jadi bila fly ke UK kejadian tu baru 3 4 tahun berlaku..masih diingati..masih hangat..

Adaa masih ingat ketika di airport..sebelum check in..beratur punya panjang..laju je line tu depan adaa..lepas sorang, sorang lepas..bila sampai je time Adaa..staff tu kata ‘ could u please look here so that we can take your picture. This is just normal procedure and randomly picked’ . Herm..random lah sangat..asal yang bertudung, berjanggut, memang kena..
Masa tu adaa rasa agak annoyed sebab macam kena tuduh pulak..saya orang baik tau..

Itu cerita airport..banyak lagi lepas tu..kena cabut kasut lah..bukak beg lah..bukak beg laptop lah..semuanya sebab takut kita ni bawak bom..

Masa first year kalau tak silap..adaa balik dari town kot..kat Belfast ni kemana2 jalan kaki jer..senang..takyah naik2 kereta ke apa ke..dan masa nak balik kerumah..zasss!! Bola melayang kat kepala..waduh..hangat je hati ku..rupanya budak2 jahat mana tah baling..siap jerit ‘paki paki’ yang merujuk kepada pakistan..orang pakistan kan ramai Islam..jadi bila nampak je orang bertudung ni diorang ingat orang pakistan. (Ke muka ku macam india?) Sabar jelah…nasiblah budak2 kecik..tapi kecik2 pon dah tahu rasicm bagai tau..

Lagi satu kejadian bila tengah jalan-jalan di town..biasalah orang ramai..jalan laju2..kita pun sibuk lah kan tengok2 kedai sana sini..tiba-tiba..muncul entah dari mana seorang lelaki depan mata jerit ‘muhammad is syaiton’ hangat nye lah hati..tapi kalau dilayan..kita pun sama je gila macam dia..so adaa dan housemate adaa cuma diam dan cakap ‘crazy’ lepas tu kitorang jalan heheh

Masa di Uni pulak..adaa takdelah rasa didera ke apa ke..mungkin budak2 uni ni terpelajar..jadi mereka boleh berfikir denga  baik dan tak bertindak melulu..biasanya yang rasicm ke benci islam ke orang2 tua atau kanak2 ribena..cuma, kawan2 adaa curious tentang islam ..sebab masa tu dalam fakulti adaa..cuma Adaa seorang yang bertudung dan berbaju kurung..dan kalau tak silap ada beberapa orang budak brunei yang bertudung juga tapi course lain..so jarang2 terserempak..dalam kelas Adaa..memang adaa sorang jelah melayu islam perempuan..diorang mula2 agak takut nak kawan dengan adaa..which is for me quite frustrating. Adaa nak borak2 dengan diorang tapi semacam ada boundary. .bila dah lama2..setahun..dua..barulah ok sikit..dah ada yang mula berani  bertanya ‘do you wear this while u sleep?’ Hehe agaknya dia ingat kita ni tak bukak2 tudung kita..curious agaknya.

Masa time krismas, kawan2 adaa ajak keluar dan lunch sama2..kelas adaa kecik je..tak ramai..dalam 20 lebih jer..dan cuma 2 orang muslim..iaitu adaa dan sorang kawan lelaki nama Rafin ..kitorang sama2 dari Kolej Mara Banting dulu..masa makan tu diorang minum beer..dia offer pada Rafin..Rafin kata..’sorry I don’t drink’ ..’why not?’..’muslim are not allow to drink’ ..’ owh..what a waste’ heheh diorang terima dan hormati pendirian kita..dan bagi adaa itu sesuatu yang sangat bagus..begitu juga bab2 bersentuhan ni..bagi adaa, imej bertudung dan berpakaian sopan sangat membantu dalam pergaulan adaa kat sana..diorang hormat pegangan kita dan tahu sensitiviti..taklah suka2 bersentuhan dengan kita. Cuma kadang2 awal2 tahun 1 tu ada yang memeluk bahu..adaa ni dah lah pendek..kecik daripada diorang..diorang tu dah lah lelaki..tinggi2..walaupun diorang lagi muda..tapi diorang nampak kita ni sebaya dan macam adik2 sebab kecik..so dia layan pun macam budak2..huhu tapi lama2 diorang faham..

Macam2 sebenarnya yang nak adaa cerita..tapi kali ni skkit2 cukup..kang tak tido I..hehe secara ringkasnya..Adaa bersyukur sangat2 walaupun adaa ade juga berhadapan dengan situasi anti muslim ke anti Islam ke..tapi situasi tersebut sangat kecil malah tak layak pun nak dibandingkan dengan situasi orang lain yang jauh lebih teruk seperti orang2 dipenjara di Cuba tadi..malah adaa rasa, Adaa beruntung sebab dihormati dan diterima sebagai wanita islam disana..lecturer pon tak pernah pilih kasih..syukur..

Bila pergi ke tempat orang, ujian2 macam tu lebih membantu adaa menyayangi islam..dan lebih Indah lagi..di Belfast juga adaa bertemu dengan orang2 yang membantu kefahaman adaa tentang Islam..komuniti melayu islam disana sangat rapat sebab kami tak ramai..kalau ditempat lain seperti Manchester, Sheffield, London dan banyak lagi, komuniti melayu nya ramai..tapi kat Belfast ciput je hehe semua pun saling mengenali dan macam satu keluarga..jadi kami saling mengingatkan satu sama lain agar sentiasa dilandasan yang betul..dan disana juga banyak orang Arab..muslim dari negara lain yang selalu buat usrah..jadi ..adaa dan housemate kalau tak sibuk..kami pergi dengar..

Pernah ada satu debat yang sampai sekarang adaa ingat..tentang kristianiti..ajaran kristian, trinity dan islam..perdebatan antara orang kristian katolik, kristian protestant dan islam itu sendiri..sesama kristian pun banyak percanggahan..memang menarik..masing2 bersemangat bukan main..siap bertekak ..dari situ banyak input yang kita dapat tentang pegangan orang lain dan pandangan mereka tentang islam..

Alhamdulillah..the more I learn the more I know the more I love Islam..terima kasih Allah atas segalanya..perjalanan dibumi Belfast yang berharga..

image
My family and my University

*entry tentang belfast ni ade reader yang request..jadi insyaAllah adaa akan share lagi..tq juga sebab request..bercerita tentang belfast make me happy and love every moment there even more..moga bermanfaat..

Nite 🙂

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s