SHAKLEE RELATED

BERIKAN KEBEBASAN BERSUARA

Amboi tajuk..macam perdana menteri nak bagi ucapan tau..hehe kenapa tiba-tiba Adaa tulis pasal kebebasan bersuara?

Pagi tadi masa sarapan, berborak dengan MIL.. topik macam berat je kan haha takdalah sebenarnya borak pasal anak-anak…apa pentingnya memberi kebebasan bersuara pada anak di awal usia mereka?

Macam Adaa yang baru beranak 3 ni..masih banyak tak tahu pasal mendidik anak..jadi bagus lah dengar dari MIL yang beranak 8 ni kan.

Masa anak kita kecil..kadang2 diorang ni nak meluah sesuatu..tapi kita jarang nak mendengar..dan pada usia kecil mereka pastilah tak tahu cara yang betul..jadi akhirnya mereka meluah dengan tangisan, hentak kaki, mengamuk..dan kita pulak bila anak dah gitu cepat je darah naik bertingkat-tingkat ..sudahnya anak kena marah..dah lah kena marah..apa yang diorang nak sampaikan kita tak faham..jadi bila lain kali diorang nak bersuara..diorang akan takut sebab asyik kena marah dan akhirnya diorang memendam aja..

Jika perkara ni berterusan..nanti bila besar mungkin akan terjadi:

  1. Memberontak dan buat benda bukan2..

  2. Hanya menurut arahan, permintaan ibu bapa tanpa membantah..tidak dapat membuat keputusan sendiri.

Nampak macam remeh kan..tapi impaknya besar dikemudian hari..nak membayangkan perkara2 yang tak elok boleh terjadi memang sangat banyak..macam jenayah atau kerosakan akhlak sekarang ni..taknaklah anak kita terjebak pulak dan jadi macam tu..

Lebih teruk lagi kalau jadi orang yang hanya menurut kata..hilang fungsi sebagai manusia..kita diberi akal oleh Allah untuk berfikir..membuat keputusan..memikirkan rasional sesuatu perkara..tapi kalau itu kita tak mampu buat..macam mana nak jadi ketua keluarga..ketua negara..

Jadi anak2 kita harus diberikan peluang untuk bersuara..jika cara mereka kasar..tegur dengan hikmah..bukan dengan amarah yang boleh memburukkan lagi keadaan..kita sebagai ibu bapa juga harus sentiasa ada untuk mereka meluah..bercerita..memberi pendapat..sibuk mana pun kita..cuba pandang mata mereka..dengar..pertimbangkan apa mereka nak dan tangani dengan hikmah..

image

Moga ibu dapat jadi pendengar yang baik untuk kalian..

#sekadar pendapat peribadi seorang ibu muda (mudakah) muda muda muda ๐Ÿ˜€

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s