Pelbagai

BEZA VITAMIN SINTETIK DAN SEMULAJADI

Masa tahun 2010, bila Dr Aishah (nama sebenar hehe) suruh Adaa cari vitamin untuk consume sebab adaa sangat lemah macam sayur layu..jadi fikiran ni dah mula lah kan fikir apa yang elok..bukan tau pun jenis-jenis vitamin ni..nak tanye Doktor, dia pon tak tahu nak cadangkan apa sebab vitamin ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan bak kata orang..berlambak2..dan yang merunsingkan, keberkesanannya..berkesan ke tak ke..kang beli mahal2 tak elok pon..cari punya cari..jumpe pulak nama Shaklee ni..kira detik-detik awal perkenalan lah ni hehe apa lagi…google sana sini.. macam elok aje Shaklee ni..ape lagi, beli sajelah…

SINTETIK VS NATURAL

 

Apa yang mengejutkan Adaa..inilah kali pertama vitamin yang memberi kesan pada Adaa..Frankly speaking (ini bukan tujuan promosi ye..ikhlas nak cite) Adaa ni, bagilah segala jamu, ubat homeopati, ubat ke ape ke..amatlah payah nak lut dengan badan ni..makan jamu terutamanya, orang lain makan jamu yg sama, panas nye bukan main, adaa sikit pon tak rasa..sebab tu jugaklah bile pregnant anak kedua, memang tak pandang jamu langsung, (no heart feeling ya) berpantang guna Shaklee je sampai lah anak ketiga dan anak ketiga pon dah setahun setengah sekarang

set berpantang

Satu keunikan yang ketara pasal Shaklee ni sebab ia natural..badan kita ni ciptaan Sang Pencipta..elok kejadiannya, maka bahan yang elok jugak lah yang sesuai kan..kalo computer, bagi software tak ori, lama2 problem jugak..so that makes me think..kita ni sebaik2 kejadian, jadi badan kita juga perlukan makanan yang baik2..yang natural, yang fitrah, bukan yang dicipta manusia ..contoh nye badan perlukan vitamin C, Allah dah cipta makanan yang mengandungi Vitamin C terbaik seperti oren, sayuran, jadi kita perlu mkn sumber yang mengandungi vitamin C sebenar, bukan vitamin C dari manipulasi bahan kimia..(berat lak topic ni)..atas sbb tulah mungkin badan Adaa serasi dengan Shaklee hehe

SINTETIK VS NATURAL 1

 

BEZA Vitamin Natural dan Sintetik

 

credit to mommylyna

 Penghasilan

 

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

 

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

 

Keserasian dengan badan

 

 Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

 

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

 

Harga

 

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

 

Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Penyerapan yang sempurna sangat penting bagi mengelakkan kesan di kemudian hari. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan didalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

 

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik. 

 

Kesan jangka panjang

 

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

 

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

SINTETIK VS NATURAL 3

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Jadi, dengan lambakan vitamin dipasaran sekarang, kita kena ada info dan bijak memilih..buat perbandingan yang tepat..jangan ambil remeh sebab ini perihal kesihatan kita bukan perkara main-main.

Adaa? Dah lama buat pilihan 😀

NAK DAPATKAN HARGA PROMO?

JAN 2015 PROMO

 

ATAU UNTUK LEBIH PENJIMATAN

 

JAN 2015 PROMO 2

 

Untuk mendapatkan promosi JAN 2015  boleh hubungi adaa ye. (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

One thought on “BEZA VITAMIN SINTETIK DAN SEMULAJADI

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s