SHAKLEE RELATED

#PRAYFORPANTAITIMUR PART 2

Hari ni hari ke 3 selepas adaa update tentang banjir di Kelantan..terutamanya di Tanah Merah..

Dalam 2 hari ni terlalu banyak gambar dan info di laman sosial, yang adaa ikuti..dan jujurnya hati adaa memang berdebar sepanjang masa mengenangkan keluarga di Tanah Merah..

Jika ianya kejadian biasa setiap tahun, mungkin cemas nya agak kurang..tetapi banjir kali ini benar-benar diluar jangkaan dan antara yang terburuk dalam sejarah Malaysia.

Bermula di Rantau Panjang, gua musang, kuala krai, tanah merah dan kini menuju ke pasir mas dan kota bharu..jika dulu air mungkin hanya paras betis, kali ini seperti lautan..memang besar kuasa Allah..kami semua berhubung dengan kawan-kawan yang berada diluar kelantan, mengharapkan berita dari mangsa banjir..macam-macam channel adaa ikuti..fb, group, whatsapp..terlalu banyak..

Apa yang agak mengecewakan adaa, berita di TV hanya disiarkan selepas hari ke-2 kejadian..dan pada waktu itu ramai yang telah pun kehilangan ahli keluarga, apa lagi harta benda..Tanah Merah, Kuala Krai, kota bharu, lumpuh sepenuhnya..tiada talian telefon, elektrik, bekalan air bersih, makanan..kami terputus hubungan dengan mereka..dan dalam 2 hari yang mencemaskan itu pelbagai bantuan cuba dihulurkan oleh pihak persendirian, NGO dan swasta..

Semalam, adaa menonton Astro Awani dan alhamdulillah, berita tentang banjir yang menggerunkan ini baru sahaja disiarkan kepada umum..dan bantuan mula ditambah..Adaa tak dapat bayangkan mereka yang terlibat..hati ni asyik teringat anak-anak sedara yang kecil-kecil tu tanpa makanan..rumah dan barang-barang musnah..kedai abang adaa juga turut musnah..begitu juga rumah..besar dugaan kali ini..tapi Adaa yakin, setiap kejadian ada hikmahnya..Allah lebih tahu..

Kali ni dan hari ini, kota bharu pula berdepan dengan keadaan kritikal..air sungai kelantan akan melimpah dengan cepat..moga pihak berwajib menghantar bantuan segera dan tidak terlewat lagi seperti yang berlaku sebelum ini..jika digambarkan, ianya seolah-olah kekecohan yang amat. Siapa yang tidak panik melihat air naik begitu cepat, arus terlalu deras sehingga menyukarkan kerja menyelamat..tetapi kita semua hanya mampu berserah dan mengharap yang terbaik.

Satu perkara yang adaa cukup hargai dalam kejadian banjir ni, kami mula bersatu..kawan-kawan sekolah yang dah lama terputus hubungan, jiran-jiran..semuanya bersepakat membantu, memberi info terkini..group whatsapp, Fb group ditubuhkan bagi tujuan ini..kami membantu selagi boleh..yang ada diluar Kelantan, turut pulang membantu keluarga walau keselamatan diri sendiri terancam..Alhamdulillah..ada hikmah disebalik musibah..

Adaa tak berniat nak kongsi sebarang gambar..cukup kita berkongsi DOA semoga musibah yang melanda negara kita ni segera pulih. kita semua harus sentiasa waspada dan berhati-hati kerana sesiapa juga boleh dilanda banjir..moga Allah membantu kita semua..doakan yang terbaik.

#prayforpantaitimur

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s