MY STORY

AYAM GORENG PANDAN SIMPLE & SEDAP!

Tajuk kemain lagi haha. Sebenarnya ayam ni adaa masak 2 hari lepas…puncanya kakak adaa yang sulung pos gambar dia buat ayam pandan ni..so dah kering idea, apa lagi, adaa pun cuba lah buat jugak.

Selalunya banyak versi orang buat ayam pandan ni..ayam berempah..tapi adaa takda jintan manis semua tu jadi adaa buat sesimple mungkin mengikut bahan yang ada dalam dapur hikmatku ini..

Mula-mula kita kasi perap itu ayam..potong tu ikut sukalah besar mana ye..anak-anak adaa suka ayam jadi kita kasi potong besar sikit hehe

BAHAN PERAP

  • Selabu bawang putih
  • Selabu bawang besar
  • Kicap manis
  • Madu sikit
  • Sos tiram sikit
  • Garam sikit
  • Halia satu inci
  • (nak tambah oregano ke lada hitam pun boleh)

Adaa tak tulis kuantiti ye sebab i baling campak jer (konon cef professional ;P)

perap dengan ayam tu dalam setengah jam..kalo lagi lama lagi sedap..lagi menyerap..

kalo ayam jenis besar sikit…cucuk2 dulu dengan garfu biar nanti senang serap, senang masak.

AYAM PANDAN
AYAM PANDAN

Dah perap tu..dah serap semua..kita kasi balut sama dia..hihi yang ni nak bagitahu awal-awal lah..daun pandan cari dalam fridge adelah dalam beberapa helai jer, jadi kene jimat haha macam tak sempurna je, tapi takpelah, janji ade kihkih

AYAM PANDAN
AYAM PANDAN

Dah macam mumia hahaha takpelah labu..jadi peringatan untuk anda yang nak cuba, sila pastikan daun pandan mencukupi ye dan balut dengan penuh kasih sayang, tutup mana yang patut tu dan cucuk dengan lidi penyucuk supaya tak terbuka.

ok, lepas tu, goreng! api slow je ye supaya belah dalam ayam tu masak sekata..

AYAM GORENG PANDAN
AYAM GORENG PANDAN

 

AYAM PANDAN 2

Walaupun macam mumia, tapi rasa sedap heehe

Lepas tu kalo rajin, silalah buat nasik minyak ke nasik tomato ke bersama acar..memang marvelous!

selamat mencuba!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

4 thoughts on “AYAM GORENG PANDAN SIMPLE & SEDAP!

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s