B COMPLEX · VITAMIN C

3 VITAMIN BANTU RAWAT KEMURUNGAN (MEROYAN)

Ingat lagi entry adaa tentang kemurungan selepas bersalin? APAKAH PUNCA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN? Adaa cuma cerita sikit tentang punca dan simptom kan..

Ok kali ni adaa share sikit cara rawatan..bukan pencegahan ye, ini untuk yang mengalami kemurungan..Memang banyak cara sebenarnya dan lazimnya melalui ubat-ubatan lah kan..Tapi memandangkan Adaa ni selalu ambil vitamin dan supplemen, jadi adaa nak kongsi dari segi vitamin lah pulak ye.

Kira-kira 15% wanita mengalami kemurungan selepas bersalin ni..ini bukan angka yang kecil ye, tetapi signifikan. Sesiapa pun terdedah kepada risiko ini dan adaa rasa sangat penting bagi ibu-ibu terutamanya dan juga bapa-bapa untuk mengetahui apa yang boleh membantu mengurangankan kemurungan atau lebih popular dengan term meroyan selepas bersalin. Adakah vitamin boleh membantu?

1. BCOMPLEX

Seperti yang sering adaa bagitahu sebelum ni, vitamin B terdiri dari 8 komponen dan untuk kesan yang efektif, kesemua komponen harus hadir bersama. B complex membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin, dimana biasanya orang yang mengalami depresi atau kemurungan, kurang serotonin. Dalam 8 komponen ini yang paling menyumbang dalam mengurangkan kemurungan ialah:

Vitamin B6

Vitamin B6 adalah faktor utama dalam menukarkan asid amino kepada serotonin dan norepinephrine . Tahap vitamin B6 yang rendah didalam badan telah menyebabkan gejala kemurungan dan sekiranya pesakit mengambil vitamin B6 ini dengan segara ia akan membantu melegakan simptom.

Asid Folik

Simptom kekurangan asid folik agak serupa dengan kemurungan  iaitu, insomnia , tiada selera makan , sikap acuh tak acuh , kebimbangan, keletihan , gelisah.

Kajian menunjukkan, kekurangan asid folik boleh menyumbang kepada beberapa kes kemurungan dan dalam beberapa kajian telah menunjukkan, mereka yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai tahap folat yang rendah

Vitamin B12

Pesakit yang diberi Vitamin B12 telah menunjukkan perubahan yang drastik atau signifikan dalam pengurangan simptom kemurungan.

2. VITAMIN C

Vitamin C adalah vitamin yang sangat penting dalam menukarkan tryptophan kepada serotonin. Kajian menunjukkan, mereka yang kekurangan serotonin lebih cenderung dan lebih terdedah kepada kemurungan. Dengan pengambilan Vitamin C setiap hari mampu memberi impak yang besar dalam pengurangan simptom kemurungan.

3. KALSIUM DAN MAGNESIUM

Mengikut Universiti of Michigan Depression Center , makanan tambahan kalsium boleh membantu menurunkan gejala kemurungan selepas bersalin. Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk mengambil kalsium dalam diet harian sebanyak 1000-2500mg setiap hari.

Mereka yang kekurangan magnesium akan mengalami simptom yang sama seperti gejala kemurungan. Dalam kajian yang dilakukan keatas 200 pesakit kemurungan, 75% daripada mereka didapati kekurangan magnesium dan setelah diberi dos yang mencukupi, mereka telah menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Pengambilan magnesium sebanyak 200-400mg sehari mampu memperbaiki ‘mood’ dan mengurangkan depresi.

Ini adalah diantara vitamin yang dikatakan mampu membantu merawat kemurungan. Kita boleh mencuba dan berusaha kan dan berdoa moga disembuhkan dari kemurungan. Tapi, kalau boleh ibu-ibu cubalah langkah pencegahan sebab cegah tu lebih bagus kan.

Adaa doa-doa semoga semua ibu-ibu dijauhkan dari kemurungan selepas bersalin ni..kalau tak, kesian pada diri, suami, anak yang baru lahir dan anak-anak lain kan..harap dijauhkanlah ye tak?

 

KEMURUNGAN
KEMURUNGAN

 

Untuk pembelian SET KEMURUNGAN  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, ATAU PEMBELIAN SECARA ALA CARTE, anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus 😀(jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

One thought on “3 VITAMIN BANTU RAWAT KEMURUNGAN (MEROYAN)

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s