SHAKLEE RELATED

APAKAH PUNCA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN?

Baru-baru ni dalam group secret Adaa di whatsapp ada membincangkan tentang kemurungan selepas bersalin. Salah seorang customer kami ada yang mengalami masalah ini dan kisahnya amat menyedihkan..Sebenarnya ramai wanita yang mengalami masalah ni tapi mereka tidak sedar..dan kemurungan selepas bersalin ni bukan sahaja tahap yang orang panggil ‘gila meroyan’ tu ye, tapi sebarang rasa tertekan, depresi selepas bersalin itu juga dikira kemurungan..

SIMPTOM KEMURUNGAN
SIMPTOM KEMURUNGAN

Selepas bersalin, ibu2 semua..pernah tak korang rasa:

  • Putus asa
  • Rasa bersalah
  • Terlalu letih
  • Muram
  • Selalu menangis
  • Gelisah
  • Terperangkap

Rasanya ramai kan yang pernah alami ni? Biasanya lepas melahirkan akan ada masa kita rasa perkara-perkara diatas, itu normal..tapi kalau ianya berlanjutan, dan lambat hilang, itu mungkin tanda kita mengalami kemurungan!

Sebenarnya apa punca kemurungan ni, macam mana ianya boleh berlaku? Kalau sesuatu yang kita boleh elak, mestilah kita nak elak kan?

Bila kita melahirkan anak, macam-macam perubahan baru berlaku dalam hidup kita kan..dan kadangkala kita rasa susah nak ‘cope’ dengan situasi..mula terfikir macam-macam..dari segi kewangan ke, siapa nak jaga kita, anak kita atau anak-anak yang lain sekiranya sudah mempunyai anak sebelum tu..macam-macam.

kadang-kadang benda kecil pun kita rasa terlalu berat dan membebankan..contohnya selepas melahirkan, kita mesti nak menyusukan anak..proses penyusuan yang sukar pun boleh menyebabkan kita stress betul tak? sebab tak semua ibu sama, tak semua anak juga sama..ada yang senang menyusu ada yang kurang mahir menyusu dan memerlukan usaha yang lebih dari pihak kita..dengan badan yang lemah, mental yang rapuh, kita mudah rasa tak yakin, keseorangan dan sebagainya..sebab tu sokongan orang sekeliling sangat perlu.

Punca kemurungan tiada yang pasti. Tiada siapa tahu, tapi kemungkinan penyebab atau pencetus kemurungan ini ialah:here

Perubahan emosi yang mungkin boleh mencetus kemurungan:

  • bayi anda dilahirkan pramatang
  • proses kelahiran yang sukar atau tarumatik
  • anda mempunyai masalah fizikal kerana kelahiran itu , seperti anemia atau masalah lemah kawalan kencing
  • bayi anda mempunyai masalah kesihatan
  • Anda sukar untuk menyusukan bayi.
  • Bayi anda mempunyai pola menyusu dan tidur yang tidak teratur
  • Menghadapi masalah dengan perumahan , kerja , atau wang .
  • Menghadapi masalah rumahtangga .
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan anda .
  • Tidak mempunyai sokongan yang cukup dari pasangan anda , keluarga atau rakan-rakan.
  • Merasa terpencil , dan menghabiskan banyak masa di rumah.
  • Rasa terbeban dengan tanggapan dan harapan orang lain yang ingin meliahat anda sebagai ibu yang hebat.
  • Ada perasaan sedih yang berkaitan dengan pengalaman masa lalu  seperti ketiadaan atau kematian ibu atau bapa.

ini mungkin sebahagian daripada punca nya, selebihnya tiada siapa yang pasti. Yang pastinya, kekuatan emosi dan fizikal tu sangat penting..kita kena persiap diri..jika rasa sedih, cepat2 cari bantuan..sokongan. jangan biarkan ianya berlanjutan.

Ok, nanti insyaAllah Adaa sambung lagi pasal kemurungan ni ok?

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “APAKAH PUNCA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN?

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s