PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

ENTRY KHAS: TERUSKAN BERJUANG STAR MASTER!

Hari ni Adaa nak buat entry khas buat anak-anak cucu cicit Adaa dalam legasi STAR MASTER..rasanya belum pernah lagi adaa tulis disini..hanya di group kan?

Ada orang ingat bisnes ni mudah, tak kurang juga yang ingat bisnes ini susah dan terus ‘give up’ ..sebenarnya, apa juga bisnes didunia ni ada cabaran dan dugaan..ada yang risiko tinggi, ada yang risiko rendah..itu indahnya perniagaan..kadangkala kita diatas, kadangkala tersungkur sekejap..yang pasti peluang dan kejayaan pasti adaa bagi setiap orang yang mahu bangkit.

Bulan ini adaa lihat ramai yang mula bangkit..tak dapat adaa gambarkan betapa gembira nya adaa sebab rupanya masih ramai yang kuat semangat..i am so proud of u!

Dalam bisnes ni KESABARAN sangat penting..kalau semua nak cepat, memang tak dapat lah..anggap bisnes anda seperti bayi

Jom bayangkan:

Bermula dari ovum dan sperma..bercantum menjadi zigot..fetus..bayi..proses yang cukup lama ..9 bulan kan? Masa ni lah ibu jaga, bagi nutrisi, berhati-hati setiap hari dan waktu..nak memastikan tumbesaran yang sihat, sempurna..

Bila lahir, bayi belum boleh terus berjalan kan? semua ibu buatkan, susukan, mandikan..dalam tempoh tu, bayi mula meniarap, merangkak, lama-lama, berjalan..berlari..semua ni tak berlaku dalam sehari betul tak? setahun baru anak mula berlari..

Tengok pula bisnes kita..anda daftar dalam keadaan ZERO  tak tahu apa-apa tentang shaklee..jadi saat ini uplinelah yang bantu menjaga anda..beri info, ajar itu ini, tanya kabar, pimpin anda kan? Bila lahir, keadaan masih belum jauh berubah..masih perlukan ibu untuk memimpin..menuntun anda sepanjang jalan nak mahir tu..sebab saat nilah asas paling penting..nak pastikan anda betul-betul faham, betul-betul kuat semangat, betul-betul berani menempuh dunia perniagaan..lama2, anda mula merangkak..lepas tu dah mula berjalan..dan boleh lepas tangan mak..dah boleh berjalan sendiri, cuma sesekali masih mencari mak..sama kan dengan proses tadi?

jadi, Apa yang adaa nak sampaikan, nak berjaya, kena sabar..ada step..ada tempoh masa..tapi tempoh masa tu berbeza dari seorang ke seorang..ada yang mula berjalan umur 9 bulan..ada yang setahun, ada yang setahun 4 bulan baru berjalan..jadi tempoh kita tak serupa..yang rajin, yang proaktif, mungkin lebih cepat..yang hanya berserah pada waktu mungkin lambat..itu kita yang tentu kan.

BERSABAR tadi bukan beerti menunggu..tapi berusaha bersungguh-sungguh, kemudian berserah..apa yang terjadi kita terima dan teruskan usaha..semua di dunia ni takkan datang dengan mudah..nak makan pon kene angkat tangan suap ke mulut..nak bercakap pon kene bukak mulut..semua perlukan usaha..jadi dalam nak menuju TARGET, KEJAYAAN  tu..bersabar lah..

sabar lah terpaksa korbankan masa nak enjoy

sabarlah terpaksa korbankan waktu tidur

sabarlah terpaksa korbankan sedikit wang

sabarlah terpaksa korbankan tengok tv cerita sinetron hehe

sabarlah terpaksa tahan diri dari shopping sakan demi modal

sabarlah, sabar lah..

jadi, jangan pernah mengalah..teruskan usaha jika jatuh, jangan terus terduduk..bangkitlah..

 

Setiap kali diduga, ingat satu perkara..INI CUMA DUNIA, DAN KITA HIDUP BERTUHAN..kita ada tempat mengadu, tempat meminta, tempat bergantung segala-gala..dan ini cuma dunia..jangan terlalu terbawa-bawa…cepat2 bangkit dan usaha lagi..sebab setiap saat kita berduka, kita cuma menarik lebih banyak aura negatif dalam hidup kita..mcm dalam kartun tu..bila sedih jer, terus datang awan hitam atas kita lepastu hujan turun mencurah hehe macam tulah..jadi, baiklah kita senyum dan awak tu cepat2 pergi dan matahari pun datang hehehe

SO anak-anak STAR MASTER, teruskan jalan anda..berjuang ok? kenal pasti apa tujuan anda..mula berusaha dan jangan berpaling lagi..

LET’S REACH THE STAR!!

 

Advertisements

3 thoughts on “ENTRY KHAS: TERUSKAN BERJUANG STAR MASTER!

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s