MY STORY

#THROWBACK: KUTEMUI DIRIKU DIBUMI IRISH

Dalam suasana sepi pagi ni, Adaa rasa terpanggil nak menulis dan berkongsi sedikit..cerita biasa, bukan gempak pun..

Asyik-asyik berkisar dibumi Irish, best sangat ke duduk ditempat orang ni? Adaa ni agungkan sangat ke negara orang? Bukan gitu ya, adaa sekadar berkongsi kisah yang adaa rasa bermakna bagi adaa..mana tahu esok-esok anak-anak dah besar boleh baca..hehe

Dalam sepanjang hampir 30 tahun adaa dibumi Allah ni pastinya macam-macam perkara dah adaa lalui..terlalu banyak dan adaa rasa kita semua pasti ada kisah tersendiri..tapi bagi adaa, berada di bumi Irish selama 4 tahun telah menemukan diri adaa yang sebenar..

Sebelum ni bukan tak pernah duk tempat orang pun..dari Tingkatan 1 adaa dah ‘check out’ dari rumah..pergi ke Asrama penuh di Johor Bharu..lepas tu ke pulau pinang kejap, lepas tu ke banting, kemudian ke Belfast..kiranya Belfast bukan kali pertama adaa berjauhan dari rumah..

Tapi bezanya kali ini, adaa ke Belfast waktu usia dah menganjak dewasa, dah boleh kawen pun kata orang, umur 20 tahun..fikiran makin matang..kita melihat suasana juga dari sudut berbeza.

MY TRUE FRIEND: RAYA 1ST YEAR
MY TRUE FRIEND: RAYA 1ST YEAR

Kali pertama Adaa tiba, satu benda yang Adaa kagumi, budaya mereka..betapa mereka menghormati waktu, menghormati sesama mereka, menghormati orang asing..memang diorang ni terkenal dengan kaki minum tapi bila siang, mereka seolah-olah orang yang berbeza. pernah tak setiap kali korang jalan, ada orang tegur ‘morning!’ atau ‘hey ya!’ .Padahal lalu nak pegi sekolah je pun hari-hari..tetapi ada jer yang menegur..kita dapat rasa kemesraan orang sekeliling..Lagi satu setiap kali turun bas, teksi, mereka akan beterima kasih..berbeza dengan di Malaysia, kita kadang-kadang double standard ye tak..orang kerja bawahan dianggap lekeh..tidak layak untuk dipandang tinggi..disana, setiap mereka yang bekerja tak kira apa jua jawatan dianggap menyumbang sesuatu kepada negara dan taraf mereka semua sama..pemandu bas tu dah bawa kita ke destinasi, berterima kasih lah kan..sini, padang pun tidak..huhu

GIANT CAUSEWAY 2008
GIANT CAUSEWAY 2008

Di bumi Belfast Adaa mula nampak kelemahan dan kelebihan negara sendiri..macam yang selalu orang kata, kalau kita sama-sama berada dalam satu rumah, kita tak nampak apa baik buruk rumah kita..tapi bila kita diluar, melihat rumah-rumah lain, barulah kita dapat buat perbandingan dan melihat baik buruk rumah sendiri..

Samalah juga dengan diri adaa, dulu kita rasa kita bagus, tetapi bila dibandingkan dengan mereka, banyak lagi yang perlu kita belajar..disana adaa belajar untuk menghormati waktu, mesti punctual..sokmo tengok jam, belajar hormat orang, mesra dengan orang..belajar ‘speaking’ haha walaupun berterabur..nak mintak beg plastik pun jenuh..maklum lah, belfast ni ‘slang’ nya sangat berbeza dengan yang biasa kita dengar di TV tau..terbelit lidah ku..belajar budaya orang lain..dan satu yang paling besar..belajar mengenal Allah..

kita dibumi Islam, negara Islam, pemimpin dan penduduk Islam..kita rasa kita cukup Islam..tetapi rupanya banyak lagi yang kita tak tahu..diBelfast, Adaa beruntung ada komuniti kecil yang sangat ambil berat tentang Adaa..Melayu kat sana boleh dikira dengan jari..jadi kami seperti bersaudara..disanalah kami berusrah, kami berkongsi air mata sewaktu takbir raya, berkongsi kegembiraan di pagi raya, berkongsi segala-gala..

BERAYA
BERAYA

kat sanalah belajar solat atas batu, solat tepi tangga, solat dimana-mana, belajar Islam itu tidak jumud..solat tak guna telekung tapi dengan pakaian yang sedia ada tu, belajar solat jumaat bersama nisa’ yang lain, belajar berusrah dengan golongan bukan melayu, belajar macam-macam lagi.

Adaa rasa, bila kita jauh dari keluarga, hidup sendiri, dengan suasana berbeza dari tempat sendiri..baru kita sedar, siapa kita..kerdilnya kita dan kita hanya ada Allah untuk bergantung ..kita hanya boleh berharap Allah jaga kita, pelihara kita dari jadi jahat atau terkeluar landasan..kita hanya boleh berharap Allah jaga Umi ayah kakak adik abang kita dirumah..disana dan diwaktu itu adaa sedar Adaa cuma ade Allah ..

Berada di Belfast selama 4 tahun banyak mengubah adaa..sekurang-kurangnya itu yang adaa rasa lah..hehe orang lain tak tahu lah perasan atau tidak kan..Dulu Adaa sangat pendiam..muram..loner..jalan pon sorang-sorang tepi longkang..ikut je alur longkang tu sambil tunduk..(yes, i was like that) ..dulu adaa sangat pemalu..nak bercakap beri pendapat pun selalu tak jadi, rasa diri tak layak, tak cukup yakin..dulu rasa macam budak-budak hingusan yang tak pandai jaga diri..

Tapi di Belfast, nak survive, kenalah juga belajar macam-macam kan..tak pandai ‘speaking’ pon taram ajelah mula-mula tu..dan yang bagusnya, bila duk negara orang ni..diorang tak kisah kita buat salah ke apa ke, diorang tak ‘busy body’ jadi kita tak malu nak belajar..tak kena gelak punya..jadi disana adaa belajar bersuara, bina keyakinan diri sampai balik Malaysia macam terlebih yakin pulak.dulu orang buat salah depan mata pun kita diamkan aje, tapi sekarang, pantang nampak, mulalah ku tegur haha dan yang pasti, dari sana Adaa belajar bina hubungan baik dengan orang lain..

Nak diceritakan semua adaa rasa tak habis nanti..tapi apa yang adaa boleh cakap, 4 tahun telah mengubah diri Adaa..adaa rasa itu saat paling gemilang dalam hidup kot..masa tulah adaa berjaya hidup dinegara orang, berjaya dapat pencapaian tertinggi dalam akademik, berjaya kahwin haha yes, proudly married to my husband dalam tempoh 4 tahun tu walaupun dah hujung-hujung hehe sebab tu kenangan asyik berputar diwaktu tu jer..

LONDON EYE 2008
LONDON EYE 2008

Terima kasih Allah kerana memberi Adaa 4 tahun yang indah dibumi Irish..dan sekarang belajar kenal diri sebagai Ibu dan isteri pulak..hai suami dan anak-anak…jom kita berkenalan dan mencari diri sendiri hehe

moga suatu hari dapat kembali semula ke bumi Belfast bersama keluarga..InsyaAllah…

PENGARANG JANTUNG
PENGARANG JANTUNG

#diaribacasendiri hehe

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s