MY STORY

#THROWBACK: KEMBARA DIBUMI IRISH

Selamat berhujung minggu..hujung minggu ni entry pon nak santai sikit..

Hujan kat gong badak ni dah masuk 3 4 hari dah..sejuk  memanjang tak jumpa matahari..dan disebabkan cuaca nilah datangnya idea nak menulis tentang kembara dibumi irish pagi ni..sekdar berkongsi pengembaraan dengan pembaca 😀

#THROWBACK 1: KENANGAN MASA RAYA, JALAN2 BELFAST
#THROWBACK 1: KENANGAN MASA RAYA, JALAN2 BELFAST

Adaa dulu belajar di UK, secara spesifiknya di BELFAST,NORTHERN IRELAND. ish dia ni duk uk ke ireland..hehe sebenarnya dalam pulau Ireland tu cuma Northern Ireland sahaja dibawah pemerintahan Uk..kiranya UK lah cuma terkeluar dari tanah besar..i duk pulau kecik aje..

Belfast ni terkenal dengan cuacanya sangat mendung jer..hujan sokmo..nak jumpa matahari pun susah..tu yang hujan2 ni teringat Belfast ni hehe

Dulu memang dapat beberapa tawaran lain di Sheffield, Manchaster, tapi takdir membawaku ke bumi Belfast..

Kat sini rata-rata penduduk adalah penduduk asal..tak ramai pendatang..jadi cara hidup, loghat semua masih asli..itu yang bestnya sebab loghat dia pelik, berlagu gitu..bandar pun mcm bandar yang kecil..cara hidup yang sangat simple tetapi bertamadun bak kata orang.

Belfast ni terkenal dengan RASICM in fact pernah dikatakan northern ireland ni tempat paling rasicm dia dunia..huhu mencabar tak bagi seorang Islam, wanita dan berhijab? Yes, mencabar..tapi still can take it.

Masa adaa mula belajar disana, gencatan senjata baru tamat..dan rata2 penduduk mesra, cuma sesetengah kanak-kanak dan orang2 tua masih rasicm..kalau budak2 universiti ni diorang tak ksah sangat sebab yelah orang terpelajar kan..tapi mentaliti orang asal, ye masih ada tanggapan pelik pada muslim.

#THROWBACK 2: TOUR BRUSSLE
#THROWBACK 2: TOUR BRUSSLE

Dalam course Adaa, adaa seorang je perempuan bertudung, berbaju kurung..kalo nak kata pelik, ye memang orang selalu memandang..dengan baju kurung corak2 nye..(rata2 mereka berbaju plain mat saleh ni) dengan bertudung yang agak labuh ..ade yang takut nak dekat..tak kurang juga yang suka dengan imej kita dan nak tahu lebih banyak tentang islam, kenapa Adaa tak minum alkohol dan benda2 gtu lah.

Kalo bab rasicm ni adaa takdelah kene pelik2 sangat, cuma ade sesetengah insiden jer..contoh, pernah dibaling bola dikepala..tah mana dtg, melayang kat kepala..

Pernah juga jalan-jalan di town, tetibe ade seorang lelaki datang depan adaa dan cakap ‘Muhammad is devil’ lebih kurang gtulah..mengutuk2 Allah dan Muhammad..seram, tapi diamkan aje..teruskan perjalanan..hehe gile kot haha

Kalau bab makanan di Belfast, bagi adaa takde masalah..ramai juga pakistan yang menjual ayam halal..adelah 2 3 orang hehe yang lain2 kita adapt aje lah dengan apa yang ada disana..adaa suka makanan barat, jadi takda masalah nak makan sandwich ke salad ke..cuma bila berada dirumah, kami ade jadual masak..jadi kenalah masak hari2 ..merasalah makan nasi sekali sehari tu..

Bab solat..disanalah adaa rasa keindahan bersolat..diUni memang takde surau..tak seperti Uni lain..tapi dekat dengan Uni ada satu rumah yang dijadikan surau..situlah solat jumaat, situlah solat 5 waktu..kecik aje, rumah 2 tingkat..dan disitulah adaa belajar solat jumaat yang tak pernah kaum wanita dapat tunaikan diMalaysia..indah..

Kat sana jugalah adaa belajar solat di merata-rata tempat..di bawah tangga, atas batu tepi pantai, di ruang fitting room, tempat parking lom lagi hehe merata2..

THROWBACK 3: KEMBARA LONDON DENGAN SUAMI
THROWBACK 3: KEMBARA LONDON DENGAN SUAMI

Masa kembara ke bumi eropah yang lain juga begitu, dimana ade ruang muat untuk diri ini bersujud, disitulah ruang solat kami..pakaian sentiasa dipastikan sesuai..so tak bawak telekung ke ape..apa yang dipakai, itulah pakaian solat..seronok sungguh merasa pelbagai pengalaman..di Belgium, Prague, Budapest, UK mainland..dimana-mana..dimana ada ruang, disitulah tempat bersujud..

Kalau nak diceritakan memang sampai esok tak sudah..banyak sangat gambar yang dah hilang sebenarnya..dan pengalaman 4 tahun tak cukup nak dimuatkan dalam satu entry..

Bagi adaa, ilmu boleh didapati dimana-mana..sejujurnya, adaa memang bersyukur dengan result adaa sepanjang belajar disana..tetapi satu yang Adaa bawa dan apply dlm hidup adalah pengalaman berada disana..itulah ilmu yang sebenar bagi adaa..

Mengenal orang, budaya, cara hidup, mengenal Allah..mengenal erti kematangan, pembawakan diri, keteguhan prinsip..itu yang membentuk adaa hari ini..syukur sangat pada Allah beri adaa peluang 4 tahun dibumi Belfast..Alhamdulillah…

bagi yang belum berpeluang, InsyaAllah masanya ada dan akan tiba untuk korang 😀

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

3 thoughts on “#THROWBACK: KEMBARA DIBUMI IRISH

  1. Baca entry adaa ni, tringat pengalaman sendiri 2 tahun di Glasgow, Scotland. Memang kenangan yang tak kan dilupakan sepanjang hayat. Moga moga nanti ada laa peluang nak bawak anak anak plak ke sana 🙂

    Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s