OMEGA GUARD

DIABETES KETIKA MENGANDUNG DAN DIRIKU~

heheh tajuk budget bagus hahaha sebenarnya bulan promo Omega ni adaa teringat balik time2 mengandung dulu..asyik kene diabetes jer..padahal kakak2 takde pon yang kena dan adaa takda pun sejarah kronik diabetes..Umi pon cuma border je dulu..

Jadi pelik jugak lah apa sebab boleh kena ni? Masa anak pertama, tak tulis kat kad punya pasal, jadi takdelah doktor tanya, jadi tak tahu pon diabetes ade masa tu..cuma dapat tahu 2 minggu sebelum due..jadi tak boleh nak buat apa pun..nasib baik juga cuma border aje, cuma doktor kata, kawal makan jelah..yelah lagi 2 minggu nak bersalin..apa lagi yang boleh dibuat kan?

Masa anak kedua pulak, dapat tahu awal..pon border juga..kena jumpa dietition bagai..dia bagi tempoh 2 minggu kawal makan dan nanti cek semula..dan adaa dengan jayanya mengawal makan..rekod semua kalori yang makan setiap hari dan siap beli glukometer untuk cek sendiri gula dalam darah setiap hari setiap kali bangun pagi, lepas makan tengah hari dan lepas makan malam..bawa pergi rujuk doktor, doktor kata, bagus! hehe tak perlu pemerhatian serius pun..cuma kawal makan..waktu nilah adaa berjumpa dengan Shaklee..masa tu ade lagi FIBER SHAKLEE ..so sangat sangat sangat sangat membantu..gula terkawal dek kerana fiber itu..makan ABC pon relax je..kalo tak ambil fiber, lepas je makan ABC (nak jugak mkn bende manis tu) memang mencanak bacaan..buat kajian pd diri sendiri hehe

Anak ketiga, fiber dah takda..tak masuk pasaran dah..dah risau..kaji2..baca2..ok, nak ambil organic fiber dan omega..dan mengejutkan!! buat ujian air gula masa Β 3 4 bulan lulus! masa 7 bulan lulus! bebas…i am free!! hehehe 3rd pregnancy yang bahagia hahaha

Sebenarnya kenapa diabetes ni boleh develop?

DIABETES KETIKA MENGANDUNG
DIABETES KETIKA MENGANDUNG

 

kiranya, walaupun kita takda diabetes, tapi kita boleh mendapat diabetes ketika mengandung kerana hormon yang terhasil ketika mengandung menghalang fungsi insulin. Glukos yang kita makan tak dapat diserap ke sel badan dan diguna..dia duk dalam salur darah jer, sebab tu bacaan gula tinggi..

GDM
GDM

Salah satu kesannya bila gula ibu dalam darah tinggi, ialah bayi akan membesar a.k.a gemuk hehe Bila bayi mendapat lebih glukos dari ibu melalui placenta, glukos tersebut akan tersimpan sebagai lemak..sebab tu bayi menggemuk.Β 

Jadi isu ini bukan main2 ye..sekali kena, kena jaga-jaga dan perlukan perhatian lebih..sebab keadaan ini boleh jadi bahaya pada ibu dan bayi.

 

Jadi apa pula peranan OMEGA kat sini?

Sebenarnya ramai berpendapat dan kajian menunjukkan belum ada bukti sahih bahawa OMEGA BOLEH MENGELAKKAN DIABETES..ye betul..agak mengecewakan kan? TETAPI apabila diuji, ianya ada memberi kesan kepada 3% daripada prospek..kiranya, omega boleh membantu tetapi tidak signifikan..apalagi jika diambil pada hujung-hujung kehamilan.

Ada juga kajian menunjukkan jika diambil pada awal kehamilan dalam dos yang secukupnya, ia membantu fungsi hormon dan sel sekaligus mengelakkan gestational diabetes tadi. Jadi kedua2 pendapat masih belum 100% sahih..cuma berdasarkan kajian, ada yang membantu, ada juga yang tidak. Namun, pihak medical menyatakan, tak perlu berhenti ambil omega, kerana manfaatnya kepada kandungan sangat baik jadi apa salahnya mencuba..mungkin sesuai dengan sesetengah orang. well, works for me πŸ˜€

 

Manfaat utama dari mengambil Omega -3 :

 

  • Memori: dalam satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan Omega -3 dalam dos yang rendah mendapat skor yang lebih rendah pada ujian penglihatan, memori dan ujian penyelesaian masalah . Jadi pastikan kita menngambil omega dalam dos yang mencukupi.

 

  • Kesihatan Jantung: (peringatan! Jika anda sedang mengambil ubat pencair darah, sila bincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil omega kerana ia boleh membahayakan anda) Omega -3 boleh membantu mengurangkan trigliserida dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

 

  • Gangguan mood : Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak kajian telah menunjukkan hubungan antara pengambilan Omega -3 dan kemurungan..ianya diakatakan boleh mengurangkan kemurungan kepada wanita selepas bersalin dan juga secara umum.

 

Bagi pesakit diabetes : Pengambilan Omega yang mencukupi boleh membantu banyak komplikasi kesihatan. Omega dapat membantu memperbaiki mood kita, membantu kita rasa kenyang lebih lama, membina jisim otot tanpa lemak dan membantu kita dari memakan karbohidrat yang berlebihan. Kesimpulannya, pengambilan omega dalam pemakanan harian boleh membantu pesakit diabetes dalam pelbagai segi. πŸ˜€

 

Bagi ibu2 yang mengalami diabetes ketika mengandung, cuba sebaiknya kawal diet anda, senaman, jaga pemakanan dan macam adaa sendiri banyak membaca dan bertanya. InsyaAllah semua akan selamat πŸ˜€

 

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

2 thoughts on “DIABETES KETIKA MENGANDUNG DAN DIRIKU~

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s