CAROTOMAX · VITAMIN C · ZINC

SAKIT MATA & KONJUNKTIVITIS: APAKAH PERANAN VITAMIN/SUPLEMEN?

Sehari dua tiga hari ni Adaa dijangkiti sakit mata..huhu bertahun tak kena..kalau ta silap kali terakhir kena masa di sekolah Tun Fatimah dulu..tingkatan berapa tak ingat..4 kot haha punyalah berkurun kan..

Bila terkena sakit mata ni bukan mata yang susah, hati ni yang susah, takut terjangkit kat anak-anak..kalau masa sekolah dulu, sorang kena yang lain berebut nak dekat-dekat, sapu air mata virus tu kat mata masing-masing sebab nak join sakit..taknak gi sekolah..hahaha remaja oh remaja!

sekarang ni Adaa susah hati kot kena kat anak-anak dan suami pulak..tapi nak buat macam mana, berdoa jelah heheh sambil berubat kan..

jom tengok sikit apa dialah sakit mata ni, sakit mata yang macam mana kan…

SAKIT MATA
SAKIT MATA

APAKAH KONJUNKTIVITIS?

Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

sakit mata atau konjunktivitis ni ada beberapa jenis..ada yang disebabkan oleh bakteria, ada yang disebabkan virus, adan ada juga disebabkan allergy..kalau nak tahu apa simptom2, atau gejala, boleh ke web Kementerian Kesihatan ya

CARA RAWATAN

ok, ini adaa kongsikan cara rawatan menggunakan ubat ye

Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:

  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:

  • Tidak memerlukan rawatan yang khas.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
  • Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:

  • Ia mungkin keadaan yang kronik.
  • Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.

Cara-cara lain :

  • Cuci atau lap mata dengan air suam.
  • Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

itu kalau ubat, kalau menggunakan suplemen macam mana pula. Apa vitamin yang boleh membantu?

VITAMIN A

Vitamin A meruapakan salah satu vitamin yang sangat penting dalam membina sistem imun tubuh kita . Sistem imun yang kuat membantu menghilangkan atau mengurangkan gejala-gejala konjunktivitis.

Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah, brokoli, kentang manis, mentega, bayam, labu, telur, betik, mangga, kacang dan susu.

Jika anda tidak mendapat cukup vitamin A daripada makanan yang anda makan , anda boleh cuba mengambil makanan tambahan . Bagi kebanyakan orang, dos yang sesuai dan selamat vitamin A boleh menjadi sebanyak 10,000 IU.

Kebanyakan orang takut nak mengambil vitamin A sebab sekiranya berlebihan boleh menjadi toksik dalam badan dan memudaratkan kesihatan.

Tapi jika diambil dalam bentuk pro-vitamin A, ianya selamat. Pro-vitamin A akan ditukarkan kepada vitamin A bila diperlukan dan selebihnya akan disingkirkan dari tubuh. Caratomax Shaklee adalah dalam bentuk pro-vitamin A.

VITAMIN C

Sama seperti vitamin A, vitamin C juga penting untuk sistem imun tubuh kita. Adaa rasa vitamin C ni paling ramai orang tahu kan, selain dari vitamin kecantikan ianya sangat bagus untuk system imun. Vitamin C juga dikenali untuk mencegah atau mengurangkan keradangan di mata.

Sumber vitamin C antara lain ialah brokoli, parsli , jus limau , strawberi , betik ,selada , melon , , nanas , tomato , bayam, kacang hijau , asparagus dan tembikai.

Untuk menambah diet anda , anda boleh mengambil vitamin C tambahan. Pakar mengesyorkan pengambilan antara 250 hingga 500 mg vitamin C dua kali sehari. Bukan apa, vitamin C sangat mudah dimusnahkan dalam badan. Pencemaran, asap rokok, stress semua boleh memusnahkan vitamin C jadi, mungkin melalui pemakanan harian sahaja tidak mencukupi. Sebab tu adaa selalu ambil vitamin C Shaklee..sebiji vitamin c bersamaan 7 biji oren. Ha banyakkan?

ZINC

Sama seperti kedua-dua vitamin tersebut di atas, Zinc juga penting dalam meningkatkan responsif sistem imun badan kita. Selain membantu system imun, zink juga membantu dalam proses pemulihan dengan lebih cepat

Zink boleh diperolehi daripada tiram , bijirin , ayam , kacang mete , keju , oat , badam , kacang merah dan kacang , antara lain.

Ini semua adalah salah satu langkah pencegahan dan rawatan..tapi bukanlah jaminan 100% bahawa kita tak akan dijangkiti atau merawat dengan pantas. ini cuma salah satu usaha kita, tak salah mencuba kan?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

One thought on “SAKIT MATA & KONJUNKTIVITIS: APAKAH PERANAN VITAMIN/SUPLEMEN?

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s