MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

TIPS MEMULAKAN ‘ONLINE BUSINESS’

Ramai dah mula menceburi online business ni kan..rasanya 3 4 tahun kebelakangan ni pertumbuhannya mencanak..kalo tengok dekat pos laju..ya ampunnnn sorang2 datang bawak berguni nak dipos hehe

Adaa sendiri mula ber’online business’ ni pada tahun 2011..dulu jual baju baby..belajar2 sendiri jer nak cari customer..lepas tu baru mula dengan shaklee..

Cerita bab shaklee..disebabkan makin ramai yang berminat untuk cari pendapatan dengan shaklee..jadi adaa share sini lah apa yang diperlukan untuk mulakan online business..tapi tak terhad pada shaklee..mana2 online business pon sama je konsepnya..

Jadi apa yang kena ada?

  1. AKAUN BANK & ONLINE BANKING

bagi yang nak mula berniaga..anda pasti melibatkan pemindahan wang kan..jadi kenalah ada bank dan online banking..selalunya para peniaga ni menggunakan lebih dari satu akaun..yang paling wajib ialah Maybank dan Cimb.
Buka dulu akaun dan kemudian daftar untuk online banking..supaya boleh buat online transaction..kalau tak macam mana nak terima bayaran dan membayar kan..boleh juga buat di mesin deposit..tapi leceh..takkan setiap kali nak bayar nak keluar start motor dulu..cari mesin deposit dan bayar kan..

  1. INTERNET

Dah nama online business kan..wajib lah ade internet connection..kalo tidak macam mana nak beronline nye..jadi pilih apa yang available dikawasan anda..streamyx ke unifi ke P1wimax ke apa yang adelah..kalau semua ada..pilih yang terpantas dan berkadaran murah2 gitu..so far unifi paling best kot.

  1. BLOG

sekarang ni pelbagai wadah boleh digunakan..kita tengok satu2..blog ni satu keperluan jangka panjang..kalau nak bercerita pon lebih mudah..ala3 diary atau kedai online kita sendiri..buat satu blog dan cerita segalanya disana..orang nak cari info pon senang.

Sekarang ni blog boleh buat free jer..ade blogspot ade wordpress ..macam2..yang berbayar pon ada..
Kalau anda taknak kene blok ke hack ke lebih baik dapatkan domain sendiri lah..nama pon lebih cantik..
Contoh:
Kalau free http://www.makansedap.blogspot.com

Kalau berbayar http://www.makansedap.com

Ha gitu..takde orang lain dah nama web macam korang..kongsikan segalanya tentang produk, testimonial, cerita2 pengalaman dan sebagainya disana.

  1. FACEBOOK

Ini wadah paling popular sekarang..siapa takde facebook macam ganjil plak kan hehe jadi wujudkan akaun facebook anda sendiri..nak lebih baik..buat Fan Page untuk product anda..khas gitu untuk kedai dan produk anda sahaja.

  1. INSTAGRAM

Ini lagi satu wadah paling popular..artis2 selalu guna instagram ni..tapi tak artis pon ramai jer yang guna heheh beza sedikit dengan facebook, instagram ni anda boleh upload gambar 1 je at one time..lebih ringkas.

  1. LAIN-LAIN

Td tu dah mencukupi lah tapi nak lagi boleh juga..boleh gunakan twitter ke kan..pelbagai medium yang adaa sendiri tak terikut dah heheh

  1. SMARTPHONE

lagi satu..tak semestinya smartphone ni wajib tapi bagi adaa sangat penting..sebab sekarang ni orang lebih suka guna whatsapp, wechat, telegram, sms kan..jadi ianya menjadi satu keperluan bagi peniaga..takyah yang canggih manggih sangat pon takpe..janji boleh online 🙂

Rasanya dah boleh mula berniaga tu hehe apa lagi?

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s