VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · ZINC

DUNIA LELAKI: SUKAR TERANGSANG ATAU RENDAH LIBIDO SATU PENYAKIT?

Mula-mula sekali maaf atas tajuk yang agak 18sx..bukan niat nak tak senonoh, tapi ini salah satu isu yang terjadi dalam masyarakat kita cuma masing2 memendam aje sebab malu nak bertanya, apa lagi bicara soal ni kan?

Dah budaya dan adat melayu, kita bukan sewenang-wenang atau secara terbuka bercakap mengenai seks..tapi, tujuan adaa kali ni hanyalah menyampaikan info..yang mungkin ramai orang diluar sana nak tahu tapi malu.

lihat dulu artikel dari utusan online

LELAKI tidak gemar bercakap tentang masalah ini, begitu juga dengan pasangan mereka.

Namun, kurangnya rangsangan seks atau libido dalam kalangan lelaki bukanlah perkara luar biasa cuma jarang-jarang diperkatakan.

Kira-kira seorang daripada lima lelaki mengalami masalah kurang libido dan sanggup mencari alasan daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka.

Kenapa, jarang mendengar? Lelaki tidak mahu berbicara tentang kekurangan nafsu mereka kerana ego, merasakan mereka sepatutnya tidak mempunyai masalah sedemikian.

Bagi kalangan wanita pula terlalu takut untuk meluahkan apa yang berlaku kerana topik yang dirasakan terlalu sensitif untuk pasangan mereka dan tanggapan orang lain yang mereka kurang menarik untuk meningkat nafsu.

Lagipun ia kelihatan seperti bukan masalah yang besar. Hakikatnya masalah kurang atau tiada libido memberi tekanan kepada keluarga, kesan kepada psikologi dan emosi malah ia juga mungkin petanda anda mempunyai kanser!

Menurut Pakar Urologi, Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Muhilan Parameswaran, masalah tahap libido yang rendah lebih susah dirawat berbanding masalah seks yang lain kerana disebabkan oleh pelbagai punca.

“Libido berkurangan boleh berpunca daripada proses penuaan, psikologi atau fizikal seseorang.

“Tidak semua lelaki yang mengalami kurang libido disebabkan oleh masalah yang sama membuatkan cara mengubatinya juga berbeza.

“Namun, ramai yang salah faham kurang libido dengan masalah mati pucuk membuatkan usaha mereka berubat sendiri menemui jalan buntu,” ujarnya.

ok, so hari ni adaa cuma nak berkongsi tentang suplimen yang boleh membantu meningkatkan libido..seperti yang dinyatakan dalam artikel , rawatan mungkin berbeza..adaa pun bukan lah nak mencadangkan rawatan spesifik, cuma kali ni adaa nak bagi tips dari segi pemakanan tambahan yang mungkin boleh membantu.

VITAMIN BANTU TINGKATKAN LIBIDO

VITAMIN E

Ada yang menggelarkan vitamin E sebagai ” vitamin seks. ” adalah sebab nya kan kenapa vitamin E mendapat gelaran macam tu.

Satu, vitamin E telah dikatakan membantu dalam pengeluaran hormon seks , yang membantu dalam tarikan, keinginan, dan mood .

Kedua, ia menghalang penuaan dan penyakit, yang sudah pasti secara tidak langsung melanjutkan lagi ‘sexual life’ seseorang.

Sesetengah wanita lebih suka menggunakan Vitamin E sebagai pelincir semasa hubungan seks. Tetapi, jika anda menggunakan kondom, pastikan vitamin E tersebut tidak mengurangkan keberkesanan kondom tersebut kerana sesetengah latex, mudah terurai dengan pelincir berasaskan minyak tertentu..jadi..make sure dulu ok samada kondom anda tu sesuai tak digunakan dengan vitamin E.

VITAMIN C

Vitamin C bekerjasama dengan vitamin E untuk meningkatkan daya seks . Malah , vitamin E memerlukan bantuan vitamin C meningkatkan peredaran darah dalam arteri dan nafsu seks. Buah-buahan sitrus adalah salah satu daripada sumber-sumber alam semula jadi terbaik vitamin C. jadi, buat perubahan dalam pemakanan anda..jika tidak mampu nak ambil 7 8 biji oren setiap hari, ambil je sebijik vitamin C Shaklee hehe

BCOMPLEX

Vitamins B -1, B-2 , B -3 , B- 5 dan B-12 boleh membantu meningkatkan keinginan seksual. Vitamin B complex ini boleh memberi kesan kepada aliran darah , sama seperti vitamin E. Vitamin B-12 sering digunakan untuk meningkatkan mood dan tahap tenaga pada orang yang mengalami tanda-tanda kemurungan. Kemurungan atau stress boleh menggangu kehidupan seksual, jadi B12 dapat membantu menangani masalah ini.

ZINC

Zink diperlukan untuk pengeluaran testosteron, dan testosteron adalah komponen utama keinginan seksual dalam kedua-dua lelaki dan wanita. Keinginan seks berubah secara mendadak apabila paras testosteron rendah samada bagi wanita atau lelaki. Makanan yang kaya dengan zink termasuk bayam, biji labu , bawang putih, dan tiram. here

vitaE

bagusnya di Shaklee, kami ada vitamin E yang lengkap dengan selenium dan magnesium..kenapa ini penting? sebab..

MAGNESIUM

Magnesium membantu dalam pengeluaran hormon seks seperti androgen dan estrogen. Mineral ini telah dipastikan boleh meningkatkan libido dan tarikan seksual. Ia juga membantu untuk menenangkan seseorang dan ini meningkatkan nafsu seks.

Ini antara makanan yang kaya dengan magnesium:

Beras, gandum, bran oat , ketumbar kering, biji tembikai , serbuk koko ( coklat gelap) , biji flaks , biji bijan , biji bunga matahari , kacang Brazil, badam, cashews , Molasses, dan kacang soya panggang kering.

SELENIUM

Selenium adalah penting untuk pengeluaran sperma. Hampir 50 % daripada selenium anda berada dalam testis dan saluran mani. Lelaki  kehilangan selenium dalam air mani mereka apabila mereka menagalami ejakulasi . Kepentingan Selenium adalah peranannya dalam mengoptimakan antioksidan Vitamin E, ” Seks Vitamin “. Mempunyai tahap optimum Selenium adalah penting untuk kelelakian anda.

Ini pula antara makanan tinggi selenium:

Brazil kacang, biji bunga matahari , tuna, halibut , sardin , salmon , tiram, kupang, udang , kerang , daging lembu , hati , kambing, ayam , ayam belanda , telur , cendawan (butang , crimini , shiitake ) , gandum, barli, beras perang , oat, dan bawang.

jadi, dah tahu kan, jika anda mengalami masalah rendah libido..bolehlah amalkan pemakanan vitamin tersebut 😀

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s