B COMPLEX · ESP · MY STORY · OMEGA GUARD · PREGNANT · VITAMIN C

VITAMIN KETIKA HAMIL: SHAKLEE VS HOSPITAL

Amboi..bahaya nih tajuk..berani mati punye hehehhe

Sebenarnya adaa cuma nak perjelaskan aje..kebanyakan pelanggan yang baru mengandung tanya adaa, boleh tak ambil Shaklee sebagai vitamin ketika hamil..ada yang kata dah ambil vitamin dari klinik/ hospital..macam mana tu, boleh ambil shaklee jugak tak? sama ke..tak bahaya ke?

Ok, gini, kenyataan diatas bukan nak provok ke ape ye..cuma nak bagi tahu..bila kita mengandung, kita memerlukan lebih zat dan nutrient bagi tumbesaran sempurna janin kita kan..jadi..selalunya doktor akan bagi vitamin yang bersesuaian..macam anak adaa yang pertama dulu..adaa cuma dapat asid folik dan kalsium..jadi masa tu info2 pon belum banyak yang adaa tahu lagi..jadi adaa ambil jelah yang mana doktor bagi..alhamdulillah, kehamilan sihat cuma hujung2 kene gestational diabetes dan adaa sangat2 letih sepanjang kehamilan hukhuk

Bila anak kedua..awal2 mengandung adaa sangat letih, macam sayur layu..jadi adaa ambil Shaklee masa tu..itu pun setelah dicadangkan oleh doktor masa sebelum mengandung lagi kalau tak silap..apa yang adaa ambil ialah, VITALEA, BCOMPLEX, VIT C, OSTEMATRIX, ESP ..jadi masa adaa gi Hospital Tropicana Damansara, masa check-up, doktor tanya..memula takut gak kan kot doktor marah tak ambil vitamin hospital ke ape..tapi bila doktor tanya ade ambil apa2 vitamin tak..adaa cuma bagitahu apa yang adaa makan dan jawapan doktor ‘bagus, terus kan, saya cuma tambah omega’ 

jadi adaa teruskanlah dengan pengambilan shaklee beserta vitamin yang dibekalkan oleh doktor..paling penting masa tu ialah bertahu doktor anda apa yang anda makan.

Ada beza ke shaklee dan vitamin hospital/klinik?

Kalau nak dikirakan beza, dua2 pon vitamin, dua2 pon bagus untuk tumbesaran janin dan kesihatan ibu..jadi tak kisah ambil mana2 pun..tapi bezanya tetap ada lah..

kalau diklinik, doktor akan bagi asid folic..asid folic adalah salah satu daripada 8 komponen vitamin B, jadi ianya kurang lengkap, tapi masih menjalankan fungsinya dengan baik. Jika anda mampu, boleh ambil yang lengkap lah..iaitu bcomplex..kenapa? sebab, apabila kelapan-lapan komponen vitamin B hadir, fungsi setiap vitamin B lebih efektif terhadap tubuh..jadi lebih bagus lah.

Begitu juga dengan kalsium, semua kalsium fungsinya sama..di shaklee, kami ada Ostematrix..fungsi juga sama..tetapi kita perlu tahu kalsium juga datang dari pelbagai sumber..sekali lagi, jika mampu, pilih yang terbaik untuk tubuh anda.

Kiranya, kalau dipasaran, semua vitamin menjalankan fungsi yang sama, termasuk shaklee..cuma bezanya adalah dari segi keberkesanan/efektif nya vitamin tersebut, dari segi keselamatannya, semulajadi atau tidak..aspek2 sebegitu lah..jadi anda perlu ada info dan dapatkan yang terbaik.

Bila mengandung kali ketiga..adaa ke hospital Az-zahra Bangi, pertama kali check-up, adaa nyatakan semua yang adaa ambil, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C, OSTEMATRIX, ESP, OMEGA ..so apa kata doktor? ‘ bagus, teruskan dengan semua vitamin tu, saya tak akan prescribe sebarang vitamin lagi..itu semua dah cukup’ jadi, tak perlu risau2 lagi.

Bila dah beranak pun..lepas baby 30 hari, berat naik memang banyak lah..sekali lagi peads tu tanya..’ibu ada ambil apa2 supplemen ke?’ adaa bgtahu lah ada..seram juga kot kene marah ke ape ke kan..doktor kata ‘ ibu menyusu memang memerlukan supplement untuk bekalkan nutrient kepada anak..bagus ambil shaklee..cantik berat baby :D”

ha itu kenyataan para doktor pakar ..jadi adaa gembira hehe

Berbalik kepada tajuk tadi..kesimpulannya, tak kisah lah awk nak ambil vitamin shaklee ke vitamin hospital ke, terpulang pada awk..ikut kemampuan awk..jika mampu untuk beli sendiri, belilah, berikan vitamin percuma itu pada mereka yang lebih perlu..jangan pulak sbb takut doktor marah, yang klinik ambil, shaklee punye pon beli tapi yang klinik punye biar je buat tukun dalam bilik..membazir tuuu

lengkapkan diri anda dengan info2 tentang kesihatan..kaji perbezaan vitamin2 dipasaran..semulajadi ke tak ke, selamat ke tak ke..baca demi kebaikan diri dan anak dalam kandungan..barulah lebih yakin!

Pilihan adaa? mengandung ke tak ke inilah yang adaa ambil selama ni

set kehamilan

 

jika anda inginkan vitamin yang lengkap, selamat, semulajadi dan berkesan, boleh ambil set diatas..nk beli secara online secara langsung? pon boleh..klik aje 🙂

esellorder now

 

untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma, pm adaa ye 🙂

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s