Pelbagai

BERGELAR IBU BUAT PERTAMA KALI PADA HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat ibu2 diluar sana!! 5 tahun yang lepas, pada 10/5/2009 merupakan hari yang sangat bermakna bagi adaa..sebab nya pada hari tu Adaa bergelar ibu buat pertama kali dan yang istimewanya kelahiran anak pertama Adaa jatuh pada Hari Ibu! 😀

Menjadi seorang ibu merupakan impian setiap wanita yang sudah berkahwin..begitu juga dengan Adaa..Adaa berkahwin masa umur 24 tahun..dan bergelar ibu pada usia 25 tahun..masa tu husband pon belum habis belajar..dan adaa baru sahaja abes belajar..bila di ingat2kan kembali, macam tak percaya je hehe

Walaupun orang kata tak perlu hari istimewa untuk meraikan Ibu, hari2 pon istimewa untuk ibu, tapi apa salahnya kan satu hari ni kita sekadar mengenang kembali pengorbanan seorang insan bergelar Ibu..

Dulu adaa tak tahu bagaimana jadi ibu, tapi sekarang dengan 3hero..adaa tau bukan mudah..hari2 memikirkan hal anak2..sampai kalau demam pon bukan risaukan kesihatan sendiri tapi risaukan anak2..bukan suami tak boleh jaga..sangat boleh..tapi dah naluri ibu..tak boleh nak elak..keutamaan dan beralih kepada anak2 dan bukan diri sendiri…

Adaa masih ingat Umi sepanjang hayatnya, semuanya berkisar tentang anak2..senyum, air mata nya semua sebab anak2..sampai dikatil hospital, tempat Umi menemui ajal..masih memikirkan anak2..itu lah ibu..

Adaa masih ingat tujuan Umi datang ke KL tahun 2011 ari tu..katanya nak mejenguk anak2..rumah adaa pulak apartment tingkat 5 dan tiada lif..sepanjang adaa duk situ, Umi cuma datang singgah dibawah sebab tak larat nak mendaki 5 tingkat tu..so selalunya Umi bermalam di rumah kakak adaa di bangi..Umi ada sakit buah pinggang dan dah bertahun jalani dialisis..tubuh Umi lemah..tak bermaya..dari seorang yang sangat berisi, gemuk, dah tinggal tulang..

Tapi kali ni dia tekad mendaki sampai ke tingkat 5..Allah je tahu mcm mana letihnya Umi, dah lah datang naik kereta dari Kelantan..kena mendaki tangga lagi 5 tingkat pulak tu semata nak tengok Adaa yang masa tu dah sarat mengandung anak ke dua..Allah..bila kenangkan kembali, memang menitik air mata ni..memang agaknya Umi dah agak nyawanya dah nak sampai ke penghujung..dia datang jugak..bermalam di rumah adaa..kemudian kami bermalam di rumah kakak di bangi pulak..dan siapa sangka ..Allah ada perancangan yang terbaik..Umi sakit dan dimasukkan ke hospital serdang..dan setelah bertahun2 di Kelantan, Umi menghembuskan nafas terakhir di Serdang..Tapi, jenazah Umi kami bawa pulang ke kelantan..untuk disemadi bersama adik Ayu yang dah pergi dulu 4 bulan sebelum nya..

Bila bercakap soal ibu..sesiapa pun akan menangkan ibu masing2 kan..dan setiap kali itu jugalah rindu pada ibu kita bertambah2..setiap kali adaa menulis tentang ibu..adaa tak terkecuali dari terbayangkan saat2 akhir dengan Umi..bergurau dikatil hospital..minggu2 awal Umi pergi, air mata adaa memang tak kering..biarlah orang nak kata apa..tapi adaa sangat rindukan Umi..hidup adaa banyak dihabiskan di tempat lain..belajar di johor dari usia 13 tahun, kemudian ke penang, kemudian ke banting..kemudian ke Uk..dan bila adaa baru balik untuk bersama Umi, Umi pula pergi..sampaikan adaa telefon handset Umi bila rindu..walaupun adaa tahu takkan ada yang menjawab..

Bagi yang masih mempunyai Ibu..hargai lah..memang ibu kita semakin tua semakin macam2 perangainya..tapi bersyukurlah, ibu anda sempat menjadi tua..anda sempat menjaga ibu anda..dan mereka dapat melihat anda membesar dan beranak pinak..Mereka sabar mendidik kita, jadi kita pon sabar lah..

Moga anak2 ibu nanti sabar menjaga ibu..

eilman
eilman

 

Ibu sayang Adam, Eilman, Fahry..

20140430_141234

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s