Uncategorized

SALAM LEBARAN AIDILADHA~(tribute to Umi <3 )

Allahuakbar..Allahuakbar..syukur pada Allah masih diberi nyawa ..bertemu lagi dengan AidilAdha..

Teringat zaman dulu2..waktu kecik2..time2 mcm ni peti ais mesti penuh dengan daging sampai melimpah2..keje mek (nenek) asyik goreng daging je hehe sekuali digorengnye..makan lah sampai muak..tapi bila Mek dah takda, dah kurang meriah gitu..tapi tetap penuh peti ais..ramai yang datang bawak daging kat rumah tu..maklumlah mek otai kat kawasan tu 🙂

Bila mek dah takde, Umi pulak mengambil alih. Raya2 mcm ni Umilah yang sebok fikir pasal nak masak apa, daging nak beli kat mana..mcm2 lah..tapi bila Umi pulak dah takde..raya haji mcm biase2 aje..syahdu pulak kenangkan Umi..

Adaa rasa bila sampai raya haji, perkataan KORBAN sangat sinonim dengan kita kan..hari raya korban..besar maksud KORBAN ni..korban yang paling dekat yang adaa rasa ialah pengorbanan Umi..dulu time kecik2 tak pernah sedar pon..taunya susahkan Umi je (sorry Umi..)  Banyak fikir hal sendiri..tak pernah fikir apa terbaik untuk Umi sebagai ibu ..yang tau kita ni sebagai anak nak itu lah nak inilah..bukannye nak menyenangkan mak, menyusahkan lagi ada..

tahun2 terakhir hayat Umi
tahun2 terakhir hayat Umi

Adaa mula terasa tentang pengorbanan ni bila diri sendiri bergelar ibu..susahnya nak sabar dalam mendidik..susahnya nak beri yang terbaik untuk anak-anak..susahnya nak beri sepenuh tumpuan pada keluarga..susahnya nak memberi kesenangan pada anak2..nak menggembirakan hati suami dan anak2..sekarang baru tau betapa susah menjadi Ibu, Isteri, Anak..

Adaa rasa Umi dulu tak pernah fikir pasal diri sendiri ..keje bagai nak rak membesarkan anak2..I’m sure semua pon ada kisah masing2..Kalau adaa nak ceritakan pengorbanan dan kesusahan Umi mungkin sampai luse tak siap mengarang lagi..Tapi yang pasti, kesusahan Umi tak pernah putus..sampai meninggal pon ada dugaan yang datang..dengan kesusahan besarkan anak2 dan seorang anak istimewa, susah menjaga keluarga dan keluarga mertua, berantakan rumahtangga yang membawa kepada penceraian, kemudian berkahwin lagi ..diberi penyakit sejak dari muda ..semakin bertambah list penyakit bila dah tua..terlantar 3 kali seminggu di pusat dialisis dihujung2 nyawa umi..di duga dengan kesedihan yang tak pernah tamat..sampailah Umi pejam mata…

penguat jiwa
penguat jiwa

tapi apa yang buat hati Adaa  lebih tersentuh dan of course menangis setiap kali teringatkan Umi ialah Adaa tak berpeluang membalas jasa umi..bila Adaa dah cukup matang untuk faham pengorbanan Umi, baru nak berjasa, membalas segala kesusahan Umi, nak menyenangkan Umi, Umi dah pergi..

Walaupun sekarang dah jadi Ibu kepada 3 orang anak, Adaa rasa adaa tak pernah berkorban sehebat Umi lagi..kdg2 masih ada rs selfish dalam diri, rasa nak dilebih kan..nak dimanjakan..nak cari duit tapi taknak berkorban masa, taknak berkorban waktu tidur, taknak berkorban tenaga.. padahal masa untuk semua tu dah tamat dah, sekarang masa untuk adaa berkorban untuk anak2..Adaa tak tau tentang orang lain, tapi apa yang adaa tahu Adaa perlu jadi sehebat Umi..

soulmate~
soulmate~

*Setiap kali mimpi Umi adaa akan sedih..miss u so much..moga Allah kuatkan hati adaa untuk jadi sehebat Umi..I heart U Umi 😀 

Al-Fatihah

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s