ALFALFA · B COMPLEX · breast feeding · ESP · OMEGA GUARD · VITAMIN C

SET MENYUSU SHAKLEE: Gagal menyusukan anak?

salam sabtu..bangun pagi ni terasa bengkak susu..hai anak, lena sangat sampai menyusu pun tak terbangun..tapi setiap hari rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada anak adaa..Mulalah teringat kembali saat awal bergelar ibu dulu..

Menyusukan anak bagi sesetengah orang tak menjadi satu masalah langsung..susu mencurah2, anak pulak semulajadi pandai menghisap..tapi bagi kebanyakan orang, masa mengandung lagi dah risau..hehe adaa lah salah seorang daripadanya..bukan apa..pengalaman lepas mengajar kita untuk lebih bersedia..

Waktu anak pertama, ilmu dah lah takda, diuji pulak dengan keadaan yang kurang enak lepas bersalin..disbbkan epidural yang gagal menembusi tulang belakang ni, walau dua kali cucuk, sudahnya, sakit bersalin ditambah dengan sakit kepala yang melampau atau severe headache..2 minggu lepas bersalin sibuk menguruskan diri yang sakit..ulang alik klinik masukkan air melalui IV..Adam yang kena jaundice di bawa ulang alik oleh kawan ke hospital cek darah setiap hari..memang takde teringat pasal breastfeed dah..dan akhirnya, susu takda ..formula lah jawab nya..

Anak kedua, dah ready mental fizikal, tapi baby pulak tak pandai menghisap..kene severe mastitis, bengkak susu, demam panas, stress..dan akhirnya top up dengan formula..menangis masa tu bagitahu husband..sebab niat memang taknak  bagi formula milk..tapi apakan daya..tapi semangat belum luntur, elok sakit2 tu semua usaha jugak kerapkan breastfeed anak..dan akhirnya..selepas 8 bulan, berjaya menyusukan anak tanpa formula milk dah sampai umur anak dua tahun Alhamdulillah..

Anak ketiga, Fahry memang pandai menghisap, adaa sendiri Alhamdulillah bersalin tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang ubat..syukur..dan 23/7/2013 ni cukup 2 bulan menyusukan fahry secara eksklusif..berdoa moga rezeki fahry sampai 2 tahun nanti..seronok menyusukan anak ni hanya ibu2 yang tahu 🙂 Fahry lahir 3.5kg, sebulan 5.4kg..2 bulan ni brapa kg lah pulak..hehe bak kata doktor ‘uish dah nak terlebih graf ni berat dia..semangat betul..berat bayi ni bergantung juga pada supplement yang ibu ambil..bagus ni sihat!’ hehe thanx to Shaklee 🙂

Itu pengalaman adaa..sekali sekala terfikir jugak kenapa gagal menyusukan anak kedua dan pertama dulu..apa yang dikenal pasti, punca utama STRESS..stress sebab sakit, takde ilmu, kurang sokongan (masa tu org belum heboh bf ni..semua duk bagi formula, sekarang bf dah jadi satu fenomena semula, tapi suami adaa tetap menyokong 100%), stress sebab jauh dari suami (2 anak suami takde time pantang)..stress stress dan stress..mcm2 lah punca stress tu

Dulu ingatkan memang keturunan kurang susu..tapi itu semua ayat menyedapkan hati jer, nak cover rasa bersalah tak dapat menyusukan anak..sebenarnya salah sendiri yang kurang pengalaman..ilmu tu sangat penting..

Jadi ibu2 dan bakal ibu, kenapa GAGAL menyusukan anak? jom lihat

credit to ibudanaanakku

TIDAK BERSEDIA

Ada dikalangan ibu yang tidak membuat persediaan awal sebelum bayi dilahirkan seperti peralatan mengempan, cooler bag, storage dan lain-lain..Ibu – ibu juga digalakkan untuk membuat stok susu lebih awal sebelum kembali bertugas bagi ibu yang bekerja.. Ibu juga perlu dapatkan seberapa banyak info tentang pengendalian EBM

CEPAT PUTUS ASA

Ada dikalangan ibu yang cepat berputus asa dengan penyusuan terutamanya pabila susu ibu berkurang , puting melecet, masalah puting tenggelam dan macam – macam lagi lah. Para ibu seharusnya berusaha mencari jalan penyelesain bukan berputus asa.. Kesian dekat anak kita nanti

 KURANG PENGETAHUAN

Kurang ilmu pengetahuan tentang teknik penyusuan bayi dengan betul juga adalah salah satu punca kenapa ibu gagal menyusukan anak justeru menyebabkan ibu berhenti berusaha kerana menganggap  tidak mampu menghasilkan susu ibu dengan cukup

TIADA KEYAKINAN

Para ibu diluar sana , anda haruslah menyimpan niat dalam hati dan yakin yang kita mampu menyuskan anak kita sehingga genap usianya 2 tahun. Insya Allah dengan izin Allah dan pemikiran kita yang positif boleh membantu penghasilan susu.

STRESS

Stress, penat, tertekan juga akan menggangu penghasilan susu ibu. Bila hati kita tidak tenang secara tidak langsungnya akan menganggu penghasilan hormon Proklatin dan Oksitosin. ( hormon penghasilan susu )

TIDAK BERSUNGGUH – SUNGGUH

Ramai yang mahu menyusukan anak tapi tidak bersungguh-sungguh . Apabila ada masalah susu merudum , stok EBM merosot , bayi meragam, tidak larat atau malas mengepam maka dengan mudahnya membuat keputusan untuk memberi susu formula.

TIADA SOKONGAN SUAMI

Suami sangat – sangat memainkan perana yang penting dalam membantu memberi sokongan kepada isteri dalam penyusuan bayi sepenuhnya. Berilah sokongan dan bantulah isteri meringankan tekanan yang isteri hadapi dan buatlah isteri sentiasa gembira dan ceria.

TIDAK KISAH

Ramai ibu yanga tahu besarnya manfaat susu ibu tetapi ramai juga tidak kisah dan tidak ambil peduli jika anak diberi susu formula. Usaha yang hanya ala kadar apabila ada masalah sikit terus mengambil keputusan alternatif dengan memberi susu formula.

DIET TIDAK SEIMBANG 

Makanan yang tidak berkhasiat atau tidak cukup nutrisinya juga akan menjejaskan penghasilan susu ibu..Tambahan lagi bila diet si ibu tidak seimbang iaitu dengan hanya memakan dengan kautiti yang sedikit . Ibu juga haruslah rajin memakan makanan yang berkhasiat dan minum la minuman yang dapat menghasilkan susu ibu.

KURANG BERDOA

Akhir sekali berdoa la kepada yang ESA.. Mohon kepadaNya supaya dimurahkan rezeki agar dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Nya.

Ini cuma sebahagian daripada sebab2nya..Jadi, buat persediaan..dari segi minda, fizikal..dapatkan sokongan suami, set awal2 dalam minda yang kita boleh..Adaa konon terlebih yakin anak ketiga ni sampaikan masa beli barang baby tak pandang ni bahagian botol susu ke puting ke apatah lagi susu formula..haha tapi itu adaalah..sebab adaa direct bf..pump jugak..kalo ibu2 bekerja boleh lah jenguk2 botol susu yang pelbagai bentuk dan jenis skang..uuu sangat menggoda ok..hehe

so ibu2, usaha!!

bf set full
MY BEST FRIEND FOR MORE THAN 3 YEARS NOW

doa..InsyaAllah dimudahkan..

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Teras Jernang bandar Baru Bangi
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s