BREASTFEEDING

Masalah Lazim bagi Ibu Menyusu

Hari ni Adaa nak share satu benda simple aje..tetapi masalah ni sangat biasa jadi pada waktu awal kelahiran bayi. Maklumlah bayi pon baru nak kenal dunia, kita pon baru nak belajar menyusukan anak kan..Jadi perkara ni biasa, cuma perlu tahu bagaimana cara atasi.

1. Puting Luka

Ramai ibu mendapati puting mereka akan merasa kurang selesa beberapa hari selepas memulakan penyusuan. ini boleh dicegah dengan memastikan bayi dilekapkan dengan betul semasa penyusuan.

Selepas menyusukan bayi, sapukan sedikit susu ibu yang diperah ke atas payudara anda untuk melegakan kepedihan. Anda juga boleh memakai ‘kelompang payudara’ atau breast shield untuk mengelakkan puting bergesel dengan baju.

2. Ketulan Sakit

Duktus susu yang tersumbat akan menyebabkan terjadinya ketulan yang terasa sakit di dalam payudara. Sebelum dan semasa menyusukan bayi, urut perlahan-lahan ketulan itu ke bawah kearah puting. Sebelum menyusukan bayi, anda juga boleh tuam bahagian itu. Pastikan juga coli anda tidak terlalu ketat.

3. Jangkitan payudara (mastitis)

Mastitis ialah payudara yang terasa sakit atau terdapat ketulan disertai dengan simptom simptom seperti flu, dan kadang kala demam. Segera berjumpa doktor jika anda rasa anda mengalami mastitis. Sementara itu, anda tidak perlu berhenti menyusukan bayi.

sumber: ebook Menyusu Dengan Yakin

Adaa dulu mengalami masalah yang sama..lebih teruk lagi adaa kene severe mastitis pada kedua2 belah..huhu crack nipple beserta darah huhu azab..

Sebab tu ilmu basic mcm ni perlu ada bagi setiap ibu..bukan semua ibu pandai secara semulajadi..begitu juga bayi..ada yang keluar je terus pandai latching dengan betul..ada yang perlu guidance dari ibu ..

Satu pengalaman yang adaa tak boleh lupa, ketika menyusukan Eilman (second son)..sakit tu mmg rasa sakit tapi tak nampak pula puting berdarah, jadi teruskan aja penyusuan..sampai satu tahap, pada suatu petang, Eilman (baru sebulan masa tu) macam terbatuk sekali dua dan berhambur darah..cek2 dalam mulut dia, clear, xde luka clean hehe Panic jugalah tapi mujur lah pagi tu nurse datang nak buat routine checkup dan dia cerita kes yang sebijik macam tu .so dah taulah tak perlu panic..heheh rupanya uniknya ciptaan Allah ni..susu yang eilman minum tu masuk dalam badan seperti biasa, tapi darah dari susu ibu ditolak semula keluar..tu yang berhambur tu hehe kagum2..

Jadi jangan cepat panic..perlu ada ilmu ye.. 🙂

Selamat menyusukan bayi!

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Teras Jernang bandar Baru Bangi
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s