BREASTFEEDING

Breast pump: Tips memilih pump yang sesuai~ Rumble tuff

Dulu waktu mengandungkan Eilman (second child) jenuh duk mengadap En.Google hari2 survey tentang breastpump, gadget2 nye lah macam2 lah..kali ni mengandung pon rasa nak survey lagi hahaha bukan ape, kakak ipar baru je bersalin 3 Feb lepas (ye ke date tu?) , kakak sendiri bakal bersalin bln 5 ni, biras bulan 4, dan adaa sendiri InsyaAllah end Julai nanti..so diorang bertanya pasal breast pump..Adaa pon sibuk lah skali hahaha

Untuk Eilman dulu, memang Adaa dah jumpe dengan chenta hati lah..ni diaaa

Madela Harmony, manual tapi sangat best..sesuai lah dengan Adaa yang guna sekali sekala ni..sebab baby 24/7 dengan Adaa pon kat umah, cuma sekali sekala kena ade EBM stocks untuk ditinggalkan time2 Adaa kene tinggal anak atas urusan tertentu..

Sebelum ni dah guna banyak brand, Anakku, Disney, apetah lg..tp semua sekejap je sebab sakit! yang ni suction lembut tapi susu tetap rancak keluar..kalau tak..jenuh! susu tak seberapa, sakit je yang lebih huhu..so inilah yang menjadi peneman setia ku sehingga kini..dah pregnant anak ke-3 pon..

Tapi terasa mcm nk cari electric pump la pulak..lebih senang orang kata..cepat, mudah, tak letih macam guna manual( i still love u madela) tapi taknak yang terlalu mahal..google2 jumpe yg ni..mcm best ๐Ÿ˜€ RUMBLE TUFF

tada!!! Harga pon sedang2..dalam lingkungan RM300-400 which is sgt ok utk electric duo pump yang best macam ni..size pon kiut..taklah rebeh bahu nak membawak..hihi..

kalau nk survey mmg bnyk..cuma bergantung pada budget kita lah..

Bagi first timer, ni adaa share tips yang anda boleh guna semasa nak beli breastpump..kita sama2 belajar lah ye tak
1. Keberkesanan mengepam
Pastikan pam yang ingin dibeli “suction” nya seperti bayi yang sedang menyusu. Tak terlalu kuat nanti sakit! Kebiasannya kita biasa dengar antara yang TOP ialah pam jenama Madela Freestyle, spectra 3, avent. Yang ni boleh cuba bertanya kawan-kawan atau goggle sendiri buat research sikit ๐Ÿ™‚
2. Ketahanan pam
Pastikan pump yang nak dibeli ni motornya tahan lasak. Terutama bagi ibu-ibu bekerjaya kan, pump ni pasti akan digunakan sekerap mungkin, jadi aspek ni sangat penting..taknaklah guna seminggu dah rosak kan..
3. Jenis pengepaman
Terdapat dua pilihan, samada untuk memilih “single pump” atau “double pump”. Kelebihan “double pump” ni, sekiranya kita hanya mempunyai masa yang agak “limited” untuk memerah, sebagai contoh, hanya 15 minit sahaja dapat diperuntukkan untuk memerah, maka “double pump” adalah pilihan yang terbaik. Sebabnya, kita akan memerah keluar susu dalam masa yang serentak. Bukan bergilir2 seperti “single pump”. Macam Adaa, as housewife, anak sentiasa disisi jadi single pump pon dah ok ๐Ÿ™‚

4. Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ). Macam Madela Harmony, corong dan alas getahnya sangat lembut dan selesa berbanding sesetengah jenama huhu (terpaksa dirahsia kan haha)

5. Pam manual atau elektrik
Yang ni terpulang..kalau rasa masa sangat limited, silelah pilih yang electric lebih mudah..kalau mcam Madela Freestyle tu sambil buat kerja pon boleh mengepam..how easy is that? ย Kalau rasa kena pump dengan kerap, every 3 hours, manual mungkin sedikit memenatkan..jadi ikut kata hati dan kesesuaian anda lah ye

6. Cara pam beroperasi

a) Battery operated
b) Electric operated
c) Battery & electric operated
d) Manual

Macam rumble tuff ni Battery, manual and electric operated, 3 in 1..so lebih fleksibel

7. Suction
Pilihlah yang menyerupai bayi menyusu dan yang boleh dilaras kuasa sedutannya. Setiap orang lain2 keperluannya, ada yang perlukan suction yang kuat, ada yang suction slow pun ok…Macam rumble tuff, kuasa sedutan sampai 8 level..kebanyakan guna sampai 4 pon dah ok..so terpulang pada keselesaan masing2

8. Parts
Kalau boleh, cari yang mudah ditanggal dan dipasang semula ketika sesi membersihkan pam. Takdelah sampai sejam nak membasuh part je kan hehehe
9. Sounds
Yang ni lebih tertumpu pada electric pump lah since manual takde bunyi pon..ada yang bunyi macam mesin rumput huhu so kene pandai2 survey ye..kang kita duk pump dalam office orang ingat kita gi mesin rumput lak huhuhu

10. Mobility
Pilih yang senang dibawa kemana-mana..especially yang naik public transport kan..kalo yang besar dan berat jenuh nak mengusung naik LRT tu..senget bahu!

11. Budget
Ini paling penting, ingat yang mahal tak semestinya super duper elok, susu boleh jadi melimpah ruah..basic technique tetap perlu diamalkan walau apa jua pump yang kita gunakan..jadi ukur baju dibadan sendiri, yang murah pon ada yang sesuai dengan kita ..

*adaa bukan nak promote mana2 brand tapi sbb dah pernah guna madela dan baru je survey pasal rumble tuff so tu yang bnyk gune as contoh tadi tu..heheh terpulang pada anda ye..

Jadi, buat pilihan yang bijak!

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Teras Jernang bandar Baru Bangi
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

3 thoughts on “Breast pump: Tips memilih pump yang sesuai~ Rumble tuff

      1. Rumble tuff dah naik harga dari 400 to 500++. Sy beli bln 8 hari tu coz model lama dah improve ketahanan motor dia, mengikut kata penjual itu la..

        Like

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s