Pelbagai

Aidil Adha: Tuntutan pengorbanan yang besar~

Dah lima hari bercuti, malam ni curi masa sikit untuk update blog..Rasanya masih belum terlambat untuk Adaa ucap Eid Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh negara dan dunia..

Tajuk macam gempak je kan haha saja gimik tu..Dalam sibuk2 bergaduh dengan anak terlintas pulak difikiran ni tentang isu pengorbanan..Rasanya setiap dari kita pernah berkorban tak kisah lah kecik ke besar ke..berkorban untuk anak, berkorban untuk adik, kakak, ayah , ibu..Berkorban ni luas skop nya..Tapi tahukah kita apa pengorbanan yang paling besar?

Kita tercipta dimuka bumi ni untuk apa? Untuk suka2? Untuk belajar tinggi2, kerja best2, dapat duit banyak..lepas tu apa ye? Bagi yang belum pasti, cuba ambil sikit Quran atas almari tu..belek sikit ayat ni..surah ke 51 ayat 56

Surah Adz Dzariyat, Ayat 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Rasanya semua orang tahu tak ini tujuan hidup kita? Allah secara terang-terangan mengatakan yang kita ni diciptakan HANYA DAN TIDAK LAIN untuk menyembah dan beribadah kepadaNya SEMATA-MATA. Habis tak payah kerja ke? takyah belajar ke?

Disinilah yang kita perlu faham. Bagaimana dan perbuatan apa yang dikatakan ibadah..(nak hurai panjang sgt..)disinilah pengorbanan kita dituntut..iaitu MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI PRIORITI.. Dalam setiap apa yang kita lakukan, ingat tugas utama kita..niat kita.

Ramai dikalangan kita menjadikan ibadah sebagai sampingan..beribadat hanya bila perlu..pada masa lapang..itu bukan pengorbanan ye..pengorbanan ni bila kita rs susah nak buat sebab kene lepaskan sesuatu yang kita ada, yang kita suka..

contoh, antara sinetron kat tv dengan solat, mana kita dahulukan? Antara melayan customer dengan menghadap Allah, mana yang sering kita utamakan? Tepuk dada, eh takyah tepuk pon takpe..jawab je sendiri..

Adaa bukan nak bersyarah apa lagi nak mengajar..cuma saling mengingatkan..diri sendiri dan juga semua yang sudi membaca..dalam seronok makan daging, sup gear box, tak salah rasanya kita fahami semula erti sebuah pengorbanan..Pengorbanan untuk manusia masih belum besar, pengorbanan terhadap PENCIPTA itu lah lebih agung..

Jadi jom cermin diri..adakah kita hamba dalam surah 51 ayat 56 tadi?

Salam Lebaran 🙂

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s