BREASTFEEDING · ESP · TIPS · VITAMIN C

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 1

hari hujan ni saje lah kan berblogwalking, surfing2 dan Adaa ade jumpa sesuatu yang best untuk dikongsi bersama..Adaa tahu as a mom especially new mom or mom-to-be memang bnyk persoalan yang sering bermain tentang penyusuan ni..especially penyusuan susu ibu lah..so kali ni, adaa nk share lah sedikit soalan2 lazim tentang penyusuan susu ibu ni. Mana lah tau kot2 soalan yang selama ni ade difikiran kita leh terjawab melalui blog ku ini..so sile2 baca..dan disebabkan bnyk sgt soalan lazim ni, adaa bahagikan kepada 2 part (ecece mcm lord of the ring pulak nak ber ‘part2’ nih hehe)

Q. Betulkah menyusu bayi akan menjejaskan bentuk payudara?
A. Semasa hamil, ibu digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara. Gunakan baju dalam yang boleh menyokong payudara dengan baik supaya mengikuti perubahan pada payudara semasa hamil. Menyusu anak tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Bagaimanapun, kurang penjagaan semasa hamil menyebabkan payudara menjadi kendur.
Q. Apakah persediaan yang perlu dibuat semasa hamil?
A. Memakai baju dalam yang boleh dibuka dari depan (nursing bra) boleh membantu ibu menyusu dengan selesa dan mudah.
#Elakkan menggunakan sabun untuk membersih puting payudara. Penggunaan sabun akan mengakibatkan kekeringan dikawasan puting dan areola.
#Ibu perlu membersihkan puting setiap kali selepas mandi. Menggosok dan mengurut puting secara perlahan boleh diamalkan sebagai persedian untuk menyusu ketika bersalin kelak.
#Buat pemeriksaan samada puting rata atau tenggelam.
#Banyak bersenam seperti berjalan-jalan.
#Banyak makan makanan seimbang.
Q.Bilakah saya harus mula menyusu bayi selepas bersalin?
A. Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jika ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja lahir adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat hendak menyusu sebaik saja lahir. Jangan bimbang jika bayi mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin, selepas itu, baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini menolong menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Ehsan Wikipedia

Q. Apakah dia kolostrum?
A. Kolostrum dikeluarkan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Ia kaya dengan protein dan antibodi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit. Pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum sahaja.
Q. Bagaimana cara meletakkan bayi pada payudara?
A. Pegang bayi dengan selesa, rapatkan pada payudara dan mengadap badan ibu. Dadanya perlu mengadap dada ibu dan dagunya perlu berada diatas payudara. Picit puting agar keluar beberapa titisan kolostrum pada puting itu  bagi membolehkan bayi merasa atau menghidunya. Ampu payudara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut menggunakan puting. Dengan cara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka dengan lebih luas. Selepas itu masukkan puting secara perlahan-lahan kedalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola kedalam mulutnya.
#Pastikan bayi boleh bernafas ketika menyusu dan lidahnya berada dibawah puting ibu.
#Pastikan penyusuan tidak menyebabkan rasa sakit. Jika terasa sakit, mungkin ada langkah yang tidak betul.

Q. Apakah yang disebut ‘Demand Feeding’ atau ‘permintaan menyusu’
A. Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusu sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakan ibu berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut ‘permintaan menyusu’ (demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu didalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal.

Q.Kenapa menyusu awal itu penting?
A. Hisapan di peringkat awal sangat penting kerana:
1. Dapat merangsang pengeluaran susu
2. Dapat melindungi bayi dari jangkitan

Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang bewarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian, mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Apabila berinteraksi dengan para ibu, anda perlu menekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit-birit atau penyakit lain. Sebab kedua kenapa penyusuan awal sangat penting ialah kerana ia merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudiannya.

Q. Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu terbitnya susu ibu?
A. Penting untuk memastikan bahawa bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapa hari sehingga susu ibu keluar sepenuhnya dalam kuantiti yang lebih banyak.

Q. Kenapakah bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
A. Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih melayan permintaannya. Pada waktu ini, peranan dan sokongan anda dan ahli keluarga sangat-sangat diperlukan. Anda perlu meyakinkan si ibu bahawa dia perlu meluangkan banyak masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga, atau empat hari pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.

Q. Berapa lamakah saya harus menyusu pada sebelah payu dara?
A. Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana cara ini dapat membuatkan susu keluar dengan lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi.

*Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. bayi akan menentukan dengan sendiri bila masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga susu di payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung setiap penyusuan. Susu yang keluar di ”akhir” setiap penyusuan digelar ”hind milk”. Susu ”akhir” ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Beritahu para ibu supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda samada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar ataupun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga atau aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di saat-saat awal kelahirannya, seseorang bayi memerlukan penyusuan kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Q. Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
A. Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi untuk menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat 6 atau 7 penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangkamasa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.



Q. Apakah dia rooming-in?
A. Galakan ibu agar berada dalam bilik yang sama dengan bayi bagi membolehkan ibu menyusu atau membelai bayinya. Penyusuan pada waktu malam amat penting bagi bayi dan ibu. Ibu mendapat faedah dari segi rangsangan pengeluaran susu yang berkesan. Jika bayi diberi susu sebaik sahaja dia terjaga, bayi itu tidak akan mengganggu  ibu-ibu lain hendak tidur. Secara alternatif, jika bayi berada di dalam pusat penjagaan bayi di hospital, ibu boleh meminta agar bayi dibawa kepadanya sebaik sahaja bayi terjaga.


Q.Bilakah susu mula dihasilkan?
A. Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan. Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat dan berkrim. Secara perlahan-lahan iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan lebih cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Ini rupa susu ibu yang sebenar.
*Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu.
*Sesetengah bayi akan kehilangan berat badan dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula menghasilkan susu.

to be continued~~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s