SHAKLEE RELATED · VITAMIN C

Peritnya kehilangan orang tersayang~~

Bila berfacebook ni, makin ramai orang yg kita kenal, makin ramai yang menjadi kawan, tak kurang juga yang menjadi musuh. Tapi kali ni xmo lah cerita musuh2 ni. Bagi Adaa, sejak berbisnes online ni, Adaa jumpa lebih ramai kawan..memang tak pernah bersua muka kebanyakannya, tapi rasa mcm dah bertahun kenal..kadang2 selesa sangat nak berkongsi cerita dah mcm adik beradik..batas umur dah tak kira dah, semua rasa sebaya je hehe

The Gud Old Days~

Itu cerita orang yang kita baru kenal atau lebih tepat ‘stranger’. Macam mana pula yang darah daging sendiri? Lagilah rapat kan? Sebenarnya sejak akhir2 ni rasanya a few times jugaklah Adaa come across status kawan2 yang kehilangan orang tersayang..nenek, atuk, ayah..Bila terbaca tuh mmg tipulah kalo hati ni tak tercuit..Once in a while rasa rindu pada org tersayang mmg menebal.

tadi tetibe Adaa terfikir, bagaimana kalau Adaa kehilangan orang tersayang sekali lagi, atau Adaa yang akan pergi meninggalkan orang tersayang. Dulu Adaa takleh imagine bagaimana rasanya. Tapi lepas Adik ayu pergi, Umi pula tak lama kemudian menyusul, rasanya Adaa serik nk menghadapi situasi mcm tu sekali lagi. Tapi siapa lah yang dapat menolak ketentuan Tuhan kan..pointnya disini, Adaa dh tau bagaimana peritnya sebuah kehilangan..

Umi~

Sampai sekarang, Adaa still terasa Umi dan Adik Ayu ade bersama..meaning kenangan bersama mereka. Adik ayu pergi sebab sakit, Umi pon sama..Banyak kali Adaa terlintas ‘Kalo dulu Adaa tau ttg perubatan at least dpt bantu Umi’ tapi nak buat mcm mana, dh masa tuh Adaa kecik lagi..bila dah mula berminat ilmu perubatan, Umi dah pun menghidap pelbagai penyakit kronik..

Sambil2 duduk tadi, terfikir lah, kalaulah kehilangan tu disebabkan sebab musabab seperti kemalangan, bencana alam..itu semua diluar bidang kuasa kita. Tapi mcm mana pula jika berpunca dari kita? Meaning, disebabkan kita yg tak menghargai diri sendiri..Tak jaga jasad pemberian Tuhan ni..contohnya, ‘drinking’, smoking (tak berniat pointing pd sesiapa), makan sembarangan. Jika takde ilmu, nak buat mcm mana kan, tapi kalau dah ada ilmu tentang penjagaan kesihatan, tapi sengaja langgar..herm..guano tuh?

Sekarang mungkin kita tak rasa apa2 lagi, muda lagi, boleh mkn ikut suka..time tgh sihat bak kata org..pernah tak anda rasa seksanya time2 tgh sakit? Rasa menyesal nya tak jaga kesihatan, pernah x? Sayang nya kalo kita sakit akibat dari pengabaian yang dilakukan oleh kita sendiri. Kalo yang dah ade usaha tuh teruskan, resultnya hanya ditgn Tuhan..tapi yang tak mahu jaga diri ni , fikir2kanlah..

Jika anda sayang diri anda, atau orang disekeliling anda, jagalah diri sebaik, semampu mungkin. sekurang-kurangnya mencuba kan? Sebab tuh lah ramai customer Adaa cuba walaupun belikan vitamin sebiji sehari utk suami, anak, mak ayah..sebabnya, diorang care ttg family masing2..taknak bg vitamin, bagi mknan berkhasiat, minum air bnyk2, kurangkan gula, garm, lemak..tak semestinya ambil supplement.Tapi jika tak mampu disebabkan kekangan masa dan sebagainya, bolehlah guna alternatif mengambil supplement.

Adaa dah cuba mkn orange 2 3 biji sehari, ok lah lagi, tapi setiap hari badan kita perlu at least 7 biji..huhu berchenta nak mkn sebanyak tuh..so alternatifnya, Adaa ambil sebiji Vitamin C..settle..

Kali ni Adaa menulis menaip sekadar untuk mengingatkan..cuma orang yang pernah merasakan kehilangan org tersayang je faham kot perasaan Adaa nih. Bagi seorang ibu, br tgk anak demam dah sedih kan, Adaa sendiri tgk anak sakit dah menangis..itu br sakit tuh..bila ingatkan balik saat Umi pergi..terus menitik air mata. So, jagalah diri kita selagi mampu..bagi isteri, mesti nk hidup lama dengan suami dalam keadaan sama2 sihat kan? Ibu pula? Mesti nak anak2 membesar sbg orang yg sihat dan kuat πŸ™‚

Belum terlmbt utk menjaga diri, kesihatan keluarga..jika belum mampu, mulakan dengan hanya sebiji multivitamin..baru rm0.60 ..apalah sgt harga 60 sen dengan sebuah nikmat kesihatan kan..renung2 kan..

mode: Sangat rindu Umi~~

Advertisements

One thought on “Peritnya kehilangan orang tersayang~~

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s