ALFALFA · B COMPLEX · CINCH · GLA · KALSIUM · OMEGA GUARD · PREGNANT · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

Shaklee: Vitamin yang tidak sesuai diambil ketika hamil

Masih ingat lagi entry Adaa yang ni–> Set hamil: takut baby besar sbb mkn vitamin? siapa kata??  
Dalam entry tu Adaa ade mention vitamin2 yang perlu diambil ketika mengandung..iaitu Bcomplex (with folic acid)+Multivitamin (with iron)+Vitamin c+Ostematrix (kalsium)+Omega. 

Kenapa Adaa galakkan ambil vitamin2 ni?
 
OsteMatrix(calcium magnesium) – 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Vitamin B Compleks – 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
 
Vitamin C – 1 biji sehari
 
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
 
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Ini vitamin yang disarankan untuk ambil, bagaimana pula yang TIDAK DIGALAKKAN untuk ambil? 

Terdapat beberapa vitamin yang tidak digalakkan ibu2 hamil untuk ambil ye terutamanya vitamin yang tinggi antioksidan. Sebabnya..jika diambil di awal kehamilan, dikhuatiri akan sebabkan keguguran..Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. 

Viatmin ape yang Adaa maksudkan? Antaranya ialah vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix kecuali atas saranan doktor sendiri.

Jadi, jika anda ni memang pengamal tegar vitamin2 yang Adaa sebutkan tuliskan di atas sane tuh, silalah berhenti sebaik shj anda mengetahui yang anda pregnant ye..Penting ni ye, jadi jgn main mkn je..dapatkan konsultasi dulu tau..free je 🙂

I’m a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s