B COMPLEX · OMEGA GUARD · PREGNANT · VITAMIN C

Set hamil: takut baby besar sbb mkn vitamin? siapa kata??

‘Tak naklah mkn vitamin, nnt baby besar, susah beranak” itulah antara ayat2 yang selalu Adaa dengar..betul ke baby akan besar kalo mkn vitamin? abes kenapa doktor bagi vitamin bnyk2? Mahal tau kerajaan bagi hehe Adaa masa mengandung 2 kali, x pernah elak2 mkn vitamin ni sbb tahu kepentingannya untuk diri sendiri dan baby.. yang mungkin menyebabkan baby besar jika ibu mengalami kencing manis..haa tuh pasal kene jaga diet waktu mengandung, elak kandungan gula dalam darah drpd tinggi melebihi tahap normal..bahaya untuk diri sendiri dan baby

 

Perlu ke ambil vitamin masa mengandung? PERLU  ye kawan2..sbb ape? 

 

1. Masa mengandung si ibu perlu khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang dikandung. Perlu mkn makanan seimbang seperti buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang. Yang rapu2 tuh elakkan lah, tak elok untuk tumbesaran janin..
 
2. Sukar dapat zat yang cukup walaupun dah amalkan pemakanan seimbang kerana faktor alahan dan muntah2 ketika mengandung.. jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.
 
3. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
 
4. Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita.
 
Inilah sbbnye perlu mkn vitamin..jgn malas2, ngelat2..kene rajin ye ibu2 br anak comel gebu hihi..Dalam set ibu hamil kami memuatkan (aiseh, mcm album lagu tau hehe) Vitalea(multivitamin)+bcomplex+vitamin c+omega guard dan Ostematrix.. apa tujuan ambil semua ni? jom jenguk intai sket..
mekasih Mommy Lina

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan
*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.
 
Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?
 
Vitamin B1 (thiamine)
  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes
Vitamin B2 (riboflavin)
  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak
Vitamin B3 (niasin)
  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan
Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • mengelakkan kekejangan otot
Vitamin B6 (pyriodoxine)
  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu
Vitamin B9 (folic acid)
  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah
Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan
Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema
Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot
Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan
Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea
Jadi jika mau yg terbaik buat sikecil anda, pastikan jgn skip mkn vitamin ye..tak semestinya kene mkn  Shaklee..jika mampu, silakan..jika kurang, memadai dengan yang diberi oleh doctor anda..Tapi sekiranya mampu, dan inginkan yang terbaik, Adaa sarankan rangkaian product ni kerana terbaeeekkk!!:
OsteMatrix(calcium magnesium) – 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Vitamin B Compleks – 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
 
Vitamin C – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
 
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung

Omega 3 (Omega Guard) – 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

I’m a Shaklee Independent Distributor
Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Advertisements

One thought on “Set hamil: takut baby besar sbb mkn vitamin? siapa kata??

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s