#THROWBACK: FRESHPICKS DI TERENGGANU TRADE CENTER

Assalamualaikum..(amboi tak pernah2 tulis blog bagi salam)..lamanya tak bersua..akhirnya menjenguk juga hari ni..

Maaf lah lama tak berupdate. InsyaAllah lain kali saya tak buat lagi..hari2 saya update naaa

Pada 17hb September haritu ada JELAJAH FORUM & EKSPO MAMPAN di Kuala Terengganu selama dua hari. Tapi hanya hari Sabtu sahaja booth di Terengganu Trade Center (TTC) diadakan. Lagi satu hari program di Pantai Kelulut. Apa pun ianya satu pengalama baru buat Adaa sebab sebelum ni Adaa tak pernah sertai mana-mana booth jualan. neves hakak tau.

Kali ni tujuan Adaa menyertai booth jualan ni bukan semata-mata berjual, tetapi lebih kepada memperkenalkan dan memberi kesedaran tentang HOMEMADE PRODUCT, ORGNIC & NATURAL PRODUCT.  Sesuai pula dengan tema green society, green economy..produk freshpicks ni memang tepatlah untuk berada disana.

photo_2016-09-22_15-12-07.jpg

FREE SAMPLE FOR BOOTH VISITOR

Untuk memperkenalkan produk, adalah lebih afdal kita kasi try dulu. Jadi inilah dia sampel untuk para pengunjung. Adaa bagi cuba PRODUK SULUNG freshpicks iaitu Cherry Beauty soap dan Marvell body soap.

photo_2016-09-22_15-12-02.jpg

malam sebelum majlis, first time nak berbooth..simple saja

photo_2016-09-22_15-11-37.jpg

produk yang dipamerkan pada hari tersebut

Orang lalu lalang tengok produk apa lah kecik2 comel jer ni..Adaa target peminat2 barang kiut miut ni mesti perempuan jerlah kan, rupanya lelaki pun boleh tahan berminat tau!

Semasa booth berlangsung, ada 2 panel juri yang akan menilai setiap booth. Mereka nak tahulah apa yang bestnya barang kita ni dan bagaimana ianya terkait dengan green society, green economy..

Seperti yang semua maklum, produk ini adalah semulajadi dan organik. Zaman sekarang segala-galanya mengandungi bahan kimia, malah penggunaan bahan kimia bahaya pun dah jadi biasa. Inilah yang memberi kesan jangka panjang kepada para pengguna. Kita mungkin tak perasan, tapi inilah hakikatnya. Dari segi perniagaan, duit adalah perkara paling penting, jadi kualiti, bahaya, itu tak menjadi keutamaan. Memang bahan kosmetik banyak yang murah tahan lama, kenapa? kerana melibatkan penggunaan bahan kimia.

Secara logiknya pun, bahan berkualiti, natural adalah lebih mahal. Cuba korang pergi jusco ke kan bahagian sayur2 tu..sayuran organik jauh lebih mahal harganya, begitu juga dengan ayam organik..kenapa? kerana kualiti lebih baik. Nak ayam besar, murah boleh, tetapi kita terpaksa akur dengan penglibatan bahan kimia dalam proses penternakan ayam tersebut.

Macam produk freshpicks ni kenapa harganya agak tinggi sedikit (sikit jer) berbanding kosmetik biasa? Sebab kami menggunakan bahan premium. Contoh kan, madu, memang banyak madu, tapi kami pilih madu gred tinggi, begitu juga dengan bahan-bahan lain. Pengasas ni dah biasa guna kosmetik antarabangsa sebelum ni tetapi atas dasar kesedaran bahayanya kepada kulit, beliau belajar dari yang pakar, dan cuba hasilkan produk terbaik dari bahan terbaik kerana beliau nak guna untuk diri sendiri tau. Sebab tu beliau pilih bahan terbaik, bukan sekadar tangkap muat. Kalau nak dikira btol2 kosnya, memang Adaa pun tak mampu nak beli agaknya, tetapi atas dasar nak berkongsi benda yang baik kan, dan tanamkan kesedaran terhadap produk sebegini, beliau tak kisah nak jual pada harga MAMPU MILIK. supaya semua dapat merasa katanya. Dah lah nak membuatnya cukup leceh, memerlukan keringat empat kerat, bukan mesin tau..bagi Adaa, harga yang diberi bukan MAMPU MILIK malah lebih murah dari yang sepatutnya.

 

‘alah, takpe lah, deodorant je pon’

‘alah syampu je pon ade bahan kimia’

‘takpe kot, make up jer’

Itu kalo korang guna 1 produk..tapi Adaa percaya, from head to toe, semua produk penjagaan diri kita ada bahan kimia bahaya seperti SLS, SLeS kan, kan?

Kalo dah bertahun, mau tak berkumpul toksik dalam badan? mau tak datang penyakit? cuba cari kesan bahan kimia dalam kosmetik kita kat google ke buku ke..seram oiii

photo_2016-09-22_15-11-51.jpg

tayangan Testimonial dan info produk

Produk freshpicks ni menarik perhatian juri kerana kita menggunakan bahan yang ada disekeliling kita ..orang kata back to basic. Kalau dulu atuk nenek kita guna aloe vera, kulit kayu manis , daun bungan raya nak kasi muka cantik, rambut lebat, sekarang kita juga gunakan prinsip yang sama. Gunakan bahan semulajadi, bezanya, kita improvisasi dan jadikan ianya dalam bentuk yang lebih senang digunakan. taklah duk bawak aloevera merata..leceh kan. ni bawak je sabun, lotion..kan senang. tinggal sapu2 jer. Lagi satu ianya menarik sebab semua boleh buat sendiri dirumah. Ianya HOMEMADE, HANDMADE. janji tahu caranya dan ada bahan, boleh buat sendiri dirumah. kan senang.

photo_2016-09-22_15-11-45.jpg

kasi test sikit..

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Korang tahu tak? Di negara maju seperti Eropah, produk sebegini dah lama sebati dengan mereka sebab diorang tahu bahayanya bahan kimia terhadap diri diorang.

Satu lagi fakta menarik, mengikut bancian salah seorang sahabat freshpicks kami juga, kebanyakan pelanggan freshpicks adalah dari golongan doktor, nurse dan ahli farmasi. Kenapa korang agak2? Diorang nilah yang menghadap bahan kimia hari-hari tau..dan mereka lebih tahu apa kesannya terhadap tubuh jika digunakan dalam jangka masa lama. Jadi mereka ini telah mengambil langkah keselamatan dengan beralih kepada produk semulajadi dan organik.

Disebabkan produk freshpicks ni mesra alam, mesra pengguna, selamat untuk semua peringkat umur, pihak penganjur sangat berminatlah dan jika ada peluang insyaAllah mereka akan jemput di program Jelajah Mampan yang seterusnya di Perlis pula nanti. InsyaAllah.

Lama tak menulis, panjang pulak kali ni. Apa pun jadilah pengguna yang bijak ya. dan terima kasih kepada semua yang berkunjung ke booth kami hari tu😀

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> http://tinyurl.com/jose9ol

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testmonifreshpicks

MOM’S DIARY: APA AKTIVITI CUTI SEKOLAH?

Bila anak dah mula sekolah, bukan hidup anak je dah berubah, hidup mak ayah nye pun sama. Pagi-pagi rutin dah berbeza..nak siapkan anak-anak yang sekolah, tadika, yang takda kene mengena tapi nak sama sebok mengikut pun ada. Macam-macam.

Lepas tu hari-hari kena fikir anak patut pakai uniform ke baju sukan ke..semua nak kena ready lah kan..dah basuh ke belum, dah kering ke belum dah gosok ke belum..tambah-tambah jenis yang tak banyak helai bajunya, nak kena pastikan selalu supaya tak jadi tragedi di pagi hari. hehe

Bila cuti sekolah, selain anak-anak, ibu pun gembira hahaha sebab takyah kalut-kalut..tenteram sikit tapi cabaran baru ialah anak-anak yang sentiasa perlukan aktiviti semasa cuti sekolah. Kalau tak bosanlah diorang ni..kanak-kanak tengah membesar lah katakan..mana mau duk terperuk je kat rumah..huuhu

Jadi apa cadangan aktiviti cuti sekolah korang untuk anak-anak?

Adaa sendiri tak pernah pun plan secara serius. ‘go with the flow’ orang kata. Selalunya balik kampung, biar diorang bebas bermain sana-sini..

Macam Adam, jenis minat berkraftangan/ sukakan benda kreatif..nak buat palydoh lah, nak buat sebarang kraf, origami dan benda-benda gitu lah. Jadi boleh juga dilayankan idea tu.

Kalau ada masa, keluarlah jalan-jalan..walau bukan percutian mewah atau ‘well planned’ pun takpe..macam kat sini pantai dekat sangat..jadi boleh jalan-jalan ke pantai sambil main layang-layang ke, layan kepok lekor ke, ambil angin orang kata..tenangkan fikiran dan melihat alam.

Itu yang kami buat lah..apa cadangan lain ? Adaa kongsikan sedikit idea dari SINI senang juga adaa buat rujukan untuk diri sendiri🙂

AKTIVITI LUAR RUMAH

1. Keluarkan raket!

Sukan raket seperti tenis memerlukan pemain berlari, melompat dan berfikir secara taktikal. Ini melatih bukan sahaja anggota badan tetapi juga otak! Tambahan pula hanya 12 minit bermain tenis diperlukan untuk membakar 105 kalori!

2. Berkunjung ke pantai!

Cahaya matahari membekalkan banyak Vitamin D. Ketika cuaca baik, eloklah keluar rumah. Berkunjung ke pantai sememangnya pilihan yang tepat. Air yang jernih, pasir halus memutih, kenangan manis bersama keluarga dan pemandangan indah. Perlu apa lagi?

3. Main bola!

Tidak semestinya perlu mengembara jauh dari rumah. Bahagikan ahli keluarga kepada pasukan dan adakan perlawanan bolasepak di taman berdekatan. Anda dapat udara segar, senaman, peluang mengeratkan ikatan kekeluargaan dan keseronokan berpanjangan.

4. Lawatlah zoo!

Tahukah anda bahawa mendekati haiwan meningkatkan rasa empati terhadap insan dan makhluk lain? Berkunjunglah ke zoo membelai haiwan atau beri makan kepada itik. Rasa ingin tahu anak-anak pasti meningkat apabila melihat haiwan liar eksotik di habitat semulajadinya.

5. Bercucuk tanam!

Mahukah anda agar anak-anak makan sayur-sayuran? Galakkan mereka bercucuk tanam. Menanam sayur aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat pembelajaran. Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan lebih berminat memakan sayur-sayuran yang mereka tanam sendiri.

6. Naik rakit!

Inginkan pengalaman membina pasukan yang paling menyeronokkan? Cubalah aktiviti rakit redah jeram bagi meningkatkan keyakinan diri dan rasa hormat daripada orang lain. Tetapi ingat – pegang kuat!

7. Pergi berkhemah

Berkhemah adalah cara yang terbaik mendekati alam semulajadi dan melupakan bandaraya yang penuh pencakar langit konkrit. Ajaklah keluarga berkhemah. Tidak hairanlah kajian menunjukkan mereka yang berkhemah kebanyakannya individu yang lebih gembira.

8. Kaji bintang

Kali ini, bukan matahari yang anda cari, tetapi bulan dan bintang. Anak-anak yang cenderung kepada astronomi pastinya akan seronok keluar berjalan di waktu malam melihat bintang. Tiada yang lebih baik daripada menghabiskan masa melihat bulan dan berbual-bual dengan mereka yang tersayang. Tambahan pula, udara malam yang nyaman akan memastikan anak-anak tidur lebih nyenyak.

 

AKTIVITI DALAM RUMAH

1. Main mainan berpapan

Permainan kad atau mainan berpapan merupakan aktiviti rekreasi keluarga turun-temurun yang mampu menyatukan keluarga. Pilih beberapa permainan yang digemari ahli keluarga dan main secara bergilir-gilir. Hari anda pasti ceria!

2. Aktiviti kitar semula menyeronokkan!

Tanamkan tabiat kitar semula dalam keluarga. Ajar anak-anak mengitar semula sejak kecil lagi. Gunakan akhbar lama untuk membuat papier mache! Kitar semula merupakan aktiviti penuh bermakna yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

3. Bermain ping pong!

Permainan video dengan dua pemain amat sesuai untuk keluarga. Cubalah permainan ping pong menggunakan Wii. Ia memberi senaman dan mencetuskan hilai tawa di ruang tamu rumah anda.

4. Menyanyi hiburkan hati!

Apa kata berkaraoke di rumah? Tak perlu sehebat profesional! Sekadar untuk seronok sahaja. Di samping menghilangkan stres, anda juga dapat mengenali citarasa muzik ahli keluarga. Jerit SEKUAT HATI jika mahu, tetapi cuba jangan ganggu jiran-jiran.

5. Pilih filem

Menonton filem juga satu pilihan tepat untuk keluarga. Pilih beberapa filem yang sesuai untuk tontonan keluarga, keluarkan bertih jagung dan mulakan maraton filem anda!

6. Bina khemah selimut

Adakan sesi bercerita unggun api di dalam rumah. Tiada api, gunakan lampu! Elakkan cerita-cerita hantu jika tidak mahu menakutkan anak-anak. Sesi bercerita seperti ini boleh membantu anda mengenali anak-anak dengan lebih rapat dan mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

7. Galakkan artis kecil anda

Jika ada dinding yang perlu dicat semula, ajak anak-anak mencontengnya dahulu sebelum anda mula bekerja. Biarkan anak-anak berseronok seketika dan galakkan kreativiti mereka. Mana tahu ada bakal Picasso dalam keluarga anda. Sekurang-kurangnya mereka memperolehi peluang melukis pada dinding.

Tips ini dibawakan kepada anda oleh Wanista dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life).

 

Dah dapat sedikit idea? nak buat apa dulu ye?😛

PERLU KE VITAMIN BANYAK-BANYAK SEMASA MENGANDUNG??

5

“Perlu ke banyak-banyak vitamin ni? malas lah nak telan..saya tak biasa lah”

“besar sangat lah vitamin ni, kalau tak ambik tak boleh ker?”

Ini komen yang biasa Adaa dapat dari ibu-ibu yang pertama kali mengandung..Berat katanya nak telan vitamin banyak-banyak. Kalau hospital bagi pun dia buat pameran je kat rumah..Kenapa gitu..Kesian budget kerajaan tau..bazir nanti.

Semasa mengandung, hormon kita ni macam rollercoster, perubahan bukan sahaja dari segi emosi, malah fizikal (huhu)..Apa lagi dengan kehadiran ‘orang baru’ kat dalam tu. Untuk membesar (sebagai juara) bayi kita layak dan patut menerima nutrisi yang secukupnya.

Sebenarnya, kesemua vitamin yang kita perlu ambil semasa mengandung adalah vitamin asas. Pendek kata, kalau tak mengandung pun kita perlukan vitamin2 ni tak kisah lah dari makanan harian ke makanan tambahan ke dan bukan perempuan jer, lelaki pun sama. Cuma, semasa mengandung, keperluan tu lebih sedikit sebab kita ada bayi kat dalam tu..sebab tu doktor pastikan kita cukup nutrien..bukan untuk kesihatan kita je tetapi untuk kesihatan dan tumbesaran bayi tu.

Ramai ibu atau bakal ibu salah faham tentang ni..menyangkakan yang kita perlu ambil vitamin semasa mengandung sahaja..tak ya..Adaa sebelum kahwin lagi dah ambil vitamin2 ni..Balik je dari kelas masa di UK dulu, adaa akan lalu deretan kedai sepanjang jalan nak balik ke rumah dan adaa duk usha je kedai ‘natural remedies’ kat sana..bila tengok macam menarik..ramai pulak tu orang selalu singgah..terdetik jugalah dalam hati ni apa yang menarik sangat ni..balik rumah, google khasiat itu khasiat ini..lepas tu baru gi beli. hehe dari situ dah sedar kepentingan makanan tambahan ni. Tambah-tambah, masa tu umur baru 22 gitu..masak pun bukan pandai sangat, makan pun tak menentu sangat kat tempat orang, jadi makanan tambahan ni penting lah. Dari zaman sekolah lagi sebenarnya Umi selalu bekalkan adaa multivitamin, tapi kesedaran dan pemahaman tu takda..Umi beli, adaa makan. Beza bila kat UK, adaa sendiri rasa nak fahami dan amalkan sendiri.

Sama juga dengan ibu-ibu..kalau disuruh-suruh, mesti taknak kan..tu yang sudahnya buat pameran je vitamin tu semua.

Saranan Adaa, bakal ibu atau ibu-ibu, silalah fahami setiap vitamin yang diberikan oleh doktor atau yang dalam gambar kat atas tu. Kalau sungguh kita faham, sedar kepentingan vitamin ni untuk diri kita dan bayi, dah pasti takda ngelat2 nak makan..takda masalah lah vitamin besar ke berlambak ke..itu semua keperluan. Kalau rasa pemakanan dan diet harian anda lengkap, tak perlu lah makan vitamin tu semua. Tapi kalau makan pun kelaut..silalah ambil makanan tambahan ya.

 

KENAPA PENTING PENGAMBILAN VITAMIN KETIKA MENGANDUNG?

  • Keperluan nutrisi semasa mengandung lebih tinggi dari keadaan biasa
  • Ibu dan bayi kedua-duanya memerlukan nutrisi dan zat yang secukupnya bagi mengelakkan komplikasi atau sebarang masalah sepanjang kehamilan dan kelahiran selain untuk tumbesaran bayi yang sihat.
  • Ibu yang mempunyai sebarang penyakit atau kondisi seperti masalah pemakanan, terdedah kepada asap rokok, masalah darah (darah tinggi, rendah, anemia etc), penyakit kronik, sangat memerlukan vitamin ketika hamil bagi memastikan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan tidak berisiko.
  • Mengelakkan sebarang masalah kepada bayi seperti, kelahiran pramatang, kurang berat badan, kecacatan kelahiran.

 

ANTARA VITAMIN WAJIB AMBIL

 Zat besi (iron) (VITALEA)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.

Kalsium (OSTEMATRIX)

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.

Asid folik (BCOMPLEX)

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.

Omega-3 (OMEGA PLUS)

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 – 300 mg sehari.

Protein (ESP)

Sangat penting untuk pembentukan sel sihat, tumbesaran yang baik dan sihat.

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan. Kena ingat ya. Ini usaha kita..mencegah dan merancang kan lebih baik.

 

Jadi agak-agak nak kena ambil tak? Bagi Adaa, kena dan berbaloi sangat ambil sebab kita nakkan yang terbaik kan. Jangan malas atau culas. Ini kan untuk kesihatan kita dan bayi juga. Betul tak?

~Jadilah ibu yang bijak!~😀

 

 

FRESHPICKS: ORGANIC DEODORANT

Dalam sebulan dua je dah semakin banyak produk FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI yang keluar. Ada yang mula-mula miniature jer, tapi sebab permintaan tinggi, buat jugalah size besar demi menghormati dan memenuhi kehendak pelanggan.

InsyaAllah more to come. Kali ni Adaa share salah satu produk terbaru iaitu deodorant untuk korang-korang semua.

photo_2016-09-03_11-42-16

REFRESHING DEODORANT 

Ini kira first batch lah..dah ramai sangat nak cepat2, kami sediakan cepat-cepat. Insyallah will upgrade the look lagi nanti..masih baby lagi kan, jadi harap bersabar naaa

Tahu tak, kebanyakan Deodoran di pasaran menggunakan bahan kimia berbahaya seperti ALUMINIUM COMPOUNDS & PARABENS yg mana berkait rapat dgn masalah kanser paru-paru & Alzheimer?

Penggunaan jangka masa pendek mungkin takda apa-apa tapi kalo dah berpuluh tahun bahaya juga kan? Kalau tak percaya cuba google sendiri bahan kimia apa yang digunakan dalam deodoran biasa berbanding yang organik & semulajadi.

APA ISTIMEWANYA FRESHPICKS?

Deodorant FreshPicks dihasilkan dari:
💃Coconut oil – base yg sangat bagus kerana bersifat anti-fungus, mampu membunuh bakteria & yis.  ia juga bahan yang memberikan tekstur yang licin dan selesa digunakan.

💃 Natural beeswax – Menggantikan petroleum Jelly

💃 Shea butter – Bahan yang membantu melembutkan kulit dan melindungi kulit dari kekeringan.

💃 Baking soda cosmetic grade – Meneutralkan bau badan, menyerap lembapan dan bau secara semulajadi.

💃 Arroowroot powder – Menyerap lembapan dan memastikan anda kekal kering🙂

💃 Bentonite clay & kaolin clay – Menyegar, melembut & memelihara kesegaran kulit

💃 Essential oil (lemongrass, citronella lime, teatreeoil) – bersifat Anti-bakteria

deodorant

RM25/STICK 

Nak cuba? Jom bertukar kepada produk yang lebih selamat!

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> http://tinyurl.com/jose9ol

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testmonifreshpicks

 

PROMOSI APA SEPTEMBER INI?

Selamat pagi!! macam yang adaa janji semalam, hari ni nak bagitahu promosi bulan ni. Adaa rasa semua pun minat sangat dengan 2 item ni sebab tiap-tiap bulan mesti menderu yang mencari. Apa lagi bulan ni promosi pulak..jangan out of stock sebelum 30 sep sudahhhh jenuh pulak kang🙂

PROMO SEP 2016

all time favourite!! Kedua-duanya sangat popular untuk pelbagai masalah kulit dan kesihatan. Kebanyakkan customer adaa ambil untuk kulit lah..memang jelita deknon kalau rajin amalkan.

Alang-alang ada promosi ni, dah tentu harga pun menjunam..jadi rugi kalau ambil 1 jer..ambil sekurang-kurangnya dua baru berbaloi!

Nak ? grab cepat ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

MOM’S DIARY ON FRIDAY

Masuk bulan baru, banyak benda dalam kepala nak dibuat..rutin sebagai ibu, suri rumah, businesswoman (aiseh, sedap bunyinye)..macam-macam..Tapi tulah, kita hanya merancang ..buat belum tentu dapat haha

Ikutkan 100 perkara nak diselesaikan dalam sehari..tapi dah tentu lah tak dapat..bila dah beranak pinak ni jadual pun kena sesuaikan dengan peel anak-anak, rumah yang macam kapal karam..(kadang nak menaip pon payah, meja takde rupe meja haha)

Jadinya, hari ni tak banyak yang dapat buat..ni pon dek rasa bersalah, tulis jugak sikit haha

Ingatkan nak up promo Shaklee untuk September, nak upkan special promo Freshpicks..bercadang juga nak buka booth lepas raya haji nanti..nak update instagram untuk shaklee dan freshpicks, nak kemas itu, nak kemas ini, nak makeup blog..uih senarai mau panjang berjela..takpe..orang kata janji ade perancangan..jangan takde langsung ye dok? at least 1, 2 benda dari list yang berjela tu dapat juga dibuat. elok la dari tak buat satu hapa..

insyaAllah esok adaa akan up promo untuk Shaklee dan freshpicks ya..super special. Memang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti nih. Tak sabar rasa nak kongsi beribu2 testimoni untuk tatapan korang2 semua. bende baik kene share kan kan kan?nanti ye..i share😛

dalam duk menulis tak sampai lima minit ni pon askar kecik sebok duk tarik tangan la, kacau la..jadinya tak dapat nak panjang-panjang lah ye..see you tomorrow!! and happy weekend all…sini dah cuti harini sebab tu la..kalo tak time anak gi skolah buleh juga menulis blog ye dok?

nantikan entry esok plak ye!

SEMBANG2: 6 TAHUN BERSAMA SHAKLEE, BERBALOI?

Hari sabtu macam ni nak semang santai jelah..letih kepala hari-hari duk fikir macam-macam. Memandangkan lunch dah siap masak, boleh lah tulis blog sekejap🙂

Diam tak diam adaa mula bisnes Shaklee julai 2011..dah 6 tahun lebih rupanya..Dalam 6 tahun ni ramai yang tanya adaa, ok tak bisnes? best ke? boleh ke buat ni kat rumah? Shaklee ni brand  bagus ke? Apa yang best sangat buat shaklee ni?

Well, lain orang  lain cerita..lain pengalaman..Bagi adaa secara peribadi, adakah berbaloi? 

Tengok dari segi apa..Bagi adaa, berbaloi ..Kenapa?

  1. Dapat jana income hanya dari rumah– Adaa tak reti nak buat secara offline.Mulut ni memang banyak cakap tapi pemalu nya lagi banyak..Jadi buat melalui online ni jalan terbaik untuk orang macam adaa. Sekurang-kurangnya adaa dapat ‘bertugas’ dirumah sambil berniaga di alam maya.
  2. Tambah ilmu– dari dulu adaa minat chemistry, biology, pharmacy..Dulu mintak nak sambung belajar ke Jepun nak jadi pharmacist, tetapi aturan Allah membawa adaa ke UK dalam jurusan Chemical Engineering. tapi minat bab2 ni memang dah lama ada..jadi adaa ambil peluang untuk belajar secara informal dan spread the knowledge🙂
  3. Up to date– Kalau tak buat apa..termenung je kat umah, kita tak tahu perkembangan yang berlaku disekitar kita kan. Bagi adaa, kalo korang tanye tangga gaji kerajaan ke memang adaa tak tahu haha..tapi kalau bab melibatkan media sosial ke atau benda-benda online, insyaAllah basic tu adaa tahu. So taklah ceruk sangat hehe
  4. Persahabatan –  dalam shaklee ni memang ada network ada upline ada downline ade sideline, tetapi Adaa lebih suka anggap semuanya sama setara..adaa anggap satu team ..sama-sama tunjuk ajar..sama-sama menegur..cuma kalau upline adaa, adaa hormat sebagai orang yang banyak beri tunjuk ajar, tapi kalau downline, adaa lebih selesa mereka anggap adaa macam kawan..lebih seronok bekerja sebagai kawan-kawan kan..Dalam 6 tahun ni macam-macam orang yang adaa kenal dan masih ada yang kekal bersahabat sampai sekarang..alhamdulillah..
  5. Didik diri– ini satu benda yang Adaa rasa berbaloi buat Shaklee..bila jumpa macam-macam karenah manusia, menjadikan kita banyak belajar..kadang-kadang kena banyak sabar..kadang-kadang kena hati kental. Memang bukan senang bila melibatkan perangai orang dan perasaan kita..tapi tu lah proses pembelajaran namanya..
  6. Tingkatkan taraf diri– ini merangkumi pengalaman berniaga, income, pengalaman jatuh bangun, cara komunikasi dengan orang ramai, kesedaran kesihatan. Bagi otak bekerja..kalau tak minda pun tumpul huhu

itu antara yang adaa dapat fikir..Jadi berbaloi atau tidak..ya berbaloi..Sesuatu pengalaman yang mengajar kita untuk terus hidup pastinya berbaloi kan..jatuh bangun tu adat. Yang penting cuba dulu..Tak cuba tak rasa🙂

korang macam mana?

~shaklee and me~