BERIKAN KEBEBASAN BERSUARA

Amboi tajuk..macam perdana menteri nak bagi ucapan tau..hehe kenapa tiba-tiba Adaa tulis pasal kebebasan bersuara?

Pagi tadi masa sarapan, berborak dengan MIL.. topik macam berat je kan haha takdalah sebenarnya borak pasal anak-anak…apa pentingnya memberi kebebasan bersuara pada anak di awal usia mereka?

Macam Adaa yang baru beranak 3 ni..masih banyak tak tahu pasal mendidik anak..jadi bagus lah dengar dari MIL yang beranak 8 ni kan.

Masa anak kita kecil..kadang2 diorang ni nak meluah sesuatu..tapi kita jarang nak mendengar..dan pada usia kecil mereka pastilah tak tahu cara yang betul..jadi akhirnya mereka meluah dengan tangisan, hentak kaki, mengamuk..dan kita pulak bila anak dah gitu cepat je darah naik bertingkat-tingkat ..sudahnya anak kena marah..dah lah kena marah..apa yang diorang nak sampaikan kita tak faham..jadi bila lain kali diorang nak bersuara..diorang akan takut sebab asyik kena marah dan akhirnya diorang memendam aja..

Jika perkara ni berterusan..nanti bila besar mungkin akan terjadi:

  1. Memberontak dan buat benda bukan2..

  2. Hanya menurut arahan, permintaan ibu bapa tanpa membantah..tidak dapat membuat keputusan sendiri.

Nampak macam remeh kan..tapi impaknya besar dikemudian hari..nak membayangkan perkara2 yang tak elok boleh terjadi memang sangat banyak..macam jenayah atau kerosakan akhlak sekarang ni..taknaklah anak kita terjebak pulak dan jadi macam tu..

Lebih teruk lagi kalau jadi orang yang hanya menurut kata..hilang fungsi sebagai manusia..kita diberi akal oleh Allah untuk berfikir..membuat keputusan..memikirkan rasional sesuatu perkara..tapi kalau itu kita tak mampu buat..macam mana nak jadi ketua keluarga..ketua negara..

Jadi anak2 kita harus diberikan peluang untuk bersuara..jika cara mereka kasar..tegur dengan hikmah..bukan dengan amarah yang boleh memburukkan lagi keadaan..kita sebagai ibu bapa juga harus sentiasa ada untuk mereka meluah..bercerita..memberi pendapat..sibuk mana pun kita..cuba pandang mata mereka..dengar..pertimbangkan apa mereka nak dan tangani dengan hikmah..

image

Moga ibu dapat jadi pendengar yang baik untuk kalian..

#sekadar pendapat peribadi seorang ibu muda (mudakah) muda muda muda :D

SLIP DISC DAN CARA MENANGANINYA

Sejak akhir-akhir ni semakin banyak kes slip disc yang Adaa dapat..dulu tak tahu pun apa itu slip disc tapi sekarang dah makin tahu..dan disebabkan mereka ni customer adaa, dah pasti mereka mencari cara untuk menangani dan merawat slip disc dari sudut penggunaan suplemen. Adakah yang sesuai?

APA ITU ‘SLIPPED DISC’?

Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

 

slip disc

slip disc

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.

 

SLIP DISC

SLIP DISC

 

APAKAH PUNCA TERJADINYA ‘SLIPPED DISC’?

‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar. Lazimnya semakin umur seseorang meningkat, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi. Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’.

Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini.

Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.

 

APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?

Simptom slipped disc termasuk :

slip disc 6

  • kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • sakit apabila berjalan jarak dekat
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas

 

CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’

Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:

  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.

Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan.

slip disc 7

Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.

 

slip disc 3

slip disc 5

 

slip disc 4

CARA RAWATAN YANG SESUAI?

  1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  2. Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  3. Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

ADAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI?

 

SET SENDI & SLIPPED DISC

SET SENDI & SLIPPED DISC

 

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET -Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal.

OSTEMATRIX- Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

OMEGA GUARD- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

VIVIX™ -Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.

 

NAK DAPATKAN HARGA PROMO?

JAN 2015 PROMO

 

ATAU UNTUK LEBIH PENJIMATAN

 

JAN 2015 PROMO 2

 

Untuk mendapatkan promosi JAN 2015  boleh hubungi adaa ye. Untuk pembelian SET SENDI & SLIPPED DISC atau PRODUK SECARA INDIVIDU (ALA CARTE) menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus :D (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

HARI TERAKHIR 2014

Dalam sibuk dengan banjir, kapal terbang yang hilang, Adaa hampir lupa ini adalah hari terakhir dalam tahun 2014..betapa sekejap sangat masa berlalu..

Rasanya tahun ini paling mengundang memori..kesedihan, pengajaran, kesyukuran..

Tahun ini pelbagai kejadian yang targis terjadi

Pemergian Bapa mertua yang sangat disayangi secara tiba-tiba

Kehilangan pesawat MH370

Kisah tragik MH17 dan yang terbaru mangsa kapal terbang terhempas dari surabaya ke singapura..

Dan tahun ini juga menyaksikan sejarah baru..tanah yang kering selama lebih 40 tahun kini mengalami kemusnahan..takziah buat mangsa banjir diseluruh negara..

 

Siapa sangka tahun ini keluarga Adaa sendiri terlibat dalam banjir..sesuatu yang tak pernah adaa jangka kan..dan kehilangan harta benda dalam sekelip mata..tapi Adaa yakin segalanya ada hikmah..Allah mahu kita berfikir..jadi jangan kita bersedih, tapi bersyukurlah..akan ada ganti yang lebih baik..

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015..moga tahun depan membawa makna kegembiraan yang lebih mendalam..

 

#PRAYFORPANTAITIMUR PART 2

Hari ni hari ke 3 selepas adaa update tentang banjir di Kelantan..terutamanya di Tanah Merah..

Dalam 2 hari ni terlalu banyak gambar dan info di laman sosial, yang adaa ikuti..dan jujurnya hati adaa memang berdebar sepanjang masa mengenangkan keluarga di Tanah Merah..

Jika ianya kejadian biasa setiap tahun, mungkin cemas nya agak kurang..tetapi banjir kali ini benar-benar diluar jangkaan dan antara yang terburuk dalam sejarah Malaysia.

Bermula di Rantau Panjang, gua musang, kuala krai, tanah merah dan kini menuju ke pasir mas dan kota bharu..jika dulu air mungkin hanya paras betis, kali ini seperti lautan..memang besar kuasa Allah..kami semua berhubung dengan kawan-kawan yang berada diluar kelantan, mengharapkan berita dari mangsa banjir..macam-macam channel adaa ikuti..fb, group, whatsapp..terlalu banyak..

Apa yang agak mengecewakan adaa, berita di TV hanya disiarkan selepas hari ke-2 kejadian..dan pada waktu itu ramai yang telah pun kehilangan ahli keluarga, apa lagi harta benda..Tanah Merah, Kuala Krai, kota bharu, lumpuh sepenuhnya..tiada talian telefon, elektrik, bekalan air bersih, makanan..kami terputus hubungan dengan mereka..dan dalam 2 hari yang mencemaskan itu pelbagai bantuan cuba dihulurkan oleh pihak persendirian, NGO dan swasta..

Semalam, adaa menonton Astro Awani dan alhamdulillah, berita tentang banjir yang menggerunkan ini baru sahaja disiarkan kepada umum..dan bantuan mula ditambah..Adaa tak dapat bayangkan mereka yang terlibat..hati ni asyik teringat anak-anak sedara yang kecil-kecil tu tanpa makanan..rumah dan barang-barang musnah..kedai abang adaa juga turut musnah..begitu juga rumah..besar dugaan kali ini..tapi Adaa yakin, setiap kejadian ada hikmahnya..Allah lebih tahu..

Kali ni dan hari ini, kota bharu pula berdepan dengan keadaan kritikal..air sungai kelantan akan melimpah dengan cepat..moga pihak berwajib menghantar bantuan segera dan tidak terlewat lagi seperti yang berlaku sebelum ini..jika digambarkan, ianya seolah-olah kekecohan yang amat. Siapa yang tidak panik melihat air naik begitu cepat, arus terlalu deras sehingga menyukarkan kerja menyelamat..tetapi kita semua hanya mampu berserah dan mengharap yang terbaik.

Satu perkara yang adaa cukup hargai dalam kejadian banjir ni, kami mula bersatu..kawan-kawan sekolah yang dah lama terputus hubungan, jiran-jiran..semuanya bersepakat membantu, memberi info terkini..group whatsapp, Fb group ditubuhkan bagi tujuan ini..kami membantu selagi boleh..yang ada diluar Kelantan, turut pulang membantu keluarga walau keselamatan diri sendiri terancam..Alhamdulillah..ada hikmah disebalik musibah..

Adaa tak berniat nak kongsi sebarang gambar..cukup kita berkongsi DOA semoga musibah yang melanda negara kita ni segera pulih. kita semua harus sentiasa waspada dan berhati-hati kerana sesiapa juga boleh dilanda banjir..moga Allah membantu kita semua..doakan yang terbaik.

#prayforpantaitimur

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

#PRAYFORPANTAITIMUR

Ya Allah pagi-pagi tengok whatsapp kakak ipar kata diorang duk atas bukit tanah merah..selama Adaa hidup di sana tak pernah air naik macam tu sekali..paling tinggi pon kawasan sekitar tu dalam paras betis kot..sekarang dah tahu macam mana..risaunya Allah aja yang tahu..kabar masih belum terima..

Dalam banjir ni, adaa cuma boleh cari info dari facebook kawan-kawan sekolah rendah..ada juga hikmahnya..dapat berhubung semula dengan diorang..

Moga Allah selamatkan mereka yang terlibat dan semoga banjir cepat surut..

ini gambar yang adaa dapat dari whatsapp kawan pagi ni

BANJIR 2014

BANJIR 2014

Pantai timur ni dekat sangat dengan rumah Adaa..dah naik sampai situ..huhu semalam baru kakak hantar gambar..ok lagi..cepat betul air naik kali ni..bekalan elektrik pun dah terputus buat masa sekarang..

 

*masih menunggu kabar..

APAKAH PUNCA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN?

Baru-baru ni dalam group secret Adaa di whatsapp ada membincangkan tentang kemurungan selepas bersalin. Salah seorang customer kami ada yang mengalami masalah ini dan kisahnya amat menyedihkan..Sebenarnya ramai wanita yang mengalami masalah ni tapi mereka tidak sedar..dan kemurungan selepas bersalin ni bukan sahaja tahap yang orang panggil ‘gila meroyan’ tu ye, tapi sebarang rasa tertekan, depresi selepas bersalin itu juga dikira kemurungan..

SIMPTOM KEMURUNGAN

SIMPTOM KEMURUNGAN

Selepas bersalin, ibu2 semua..pernah tak korang rasa:

  • Putus asa
  • Rasa bersalah
  • Terlalu letih
  • Muram
  • Selalu menangis
  • Gelisah
  • Terperangkap

Rasanya ramai kan yang pernah alami ni? Biasanya lepas melahirkan akan ada masa kita rasa perkara-perkara diatas, itu normal..tapi kalau ianya berlanjutan, dan lambat hilang, itu mungkin tanda kita mengalami kemurungan!

Sebenarnya apa punca kemurungan ni, macam mana ianya boleh berlaku? Kalau sesuatu yang kita boleh elak, mestilah kita nak elak kan?

Bila kita melahirkan anak, macam-macam perubahan baru berlaku dalam hidup kita kan..dan kadangkala kita rasa susah nak ‘cope’ dengan situasi..mula terfikir macam-macam..dari segi kewangan ke, siapa nak jaga kita, anak kita atau anak-anak yang lain sekiranya sudah mempunyai anak sebelum tu..macam-macam.

kadang-kadang benda kecil pun kita rasa terlalu berat dan membebankan..contohnya selepas melahirkan, kita mesti nak menyusukan anak..proses penyusuan yang sukar pun boleh menyebabkan kita stress betul tak? sebab tak semua ibu sama, tak semua anak juga sama..ada yang senang menyusu ada yang kurang mahir menyusu dan memerlukan usaha yang lebih dari pihak kita..dengan badan yang lemah, mental yang rapuh, kita mudah rasa tak yakin, keseorangan dan sebagainya..sebab tu sokongan orang sekeliling sangat perlu.

Punca kemurungan tiada yang pasti. Tiada siapa tahu, tapi kemungkinan penyebab atau pencetus kemurungan ini ialah:here

Perubahan emosi yang mungkin boleh mencetus kemurungan:

  • bayi anda dilahirkan pramatang
  • proses kelahiran yang sukar atau tarumatik
  • anda mempunyai masalah fizikal kerana kelahiran itu , seperti anemia atau masalah lemah kawalan kencing
  • bayi anda mempunyai masalah kesihatan
  • Anda sukar untuk menyusukan bayi.
  • Bayi anda mempunyai pola menyusu dan tidur yang tidak teratur
  • Menghadapi masalah dengan perumahan , kerja , atau wang .
  • Menghadapi masalah rumahtangga .
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan anda .
  • Tidak mempunyai sokongan yang cukup dari pasangan anda , keluarga atau rakan-rakan.
  • Merasa terpencil , dan menghabiskan banyak masa di rumah.
  • Rasa terbeban dengan tanggapan dan harapan orang lain yang ingin meliahat anda sebagai ibu yang hebat.
  • Ada perasaan sedih yang berkaitan dengan pengalaman masa lalu  seperti ketiadaan atau kematian ibu atau bapa.

ini mungkin sebahagian daripada punca nya, selebihnya tiada siapa yang pasti. Yang pastinya, kekuatan emosi dan fizikal tu sangat penting..kita kena persiap diri..jika rasa sedih, cepat2 cari bantuan..sokongan. jangan biarkan ianya berlanjutan.

Ok, nanti insyaAllah Adaa sambung lagi pasal kemurungan ni ok?

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

 

 

 

PUCUK TANGKIS ATAU KANGKUNG PUTERI?

Siapa kenal ini apa? Sekali tengok macam semalu kan..

image

Dulu adaa memang tak pernah kenal apalah bende ni..tak pernah tahu pun..huhu tapi sejak2 kawen dengan orang nogori ni banyak lah MIL ajar..

Ini salah satu sayuran kampung..ada yang panggil tangkis, pucuk tangki, kangkung puteri..macam2..tapi adaa dikenalkan sebagai tangkis..memang tak pernah makan langsung sebelum ni.

Semalam pulang dari seremban..MIL bekalkan secekak untuk bawak balik ke terengganu..excited jugak sebab belum pernah masak..tapi pernah makan sekali dirumah besan MIL..jadi ape lagi..bermulalah projek menggulai petang tadi..

Tapi gambar lupe snap huhu masak lemak cili api dengan ikan bilis..yummy! Kita g7na ehsan google jelah huhu. Hehe rasanya macam petai2 sikit..adaa ni segala jenis sayur memang makan..hantu sayur..jadi memang selera lahhhh cili api pon mak bagi..tangkis pon mak bagi..original taste..memang best..

image

Adaa sendiri tak pasti apa khasiat tangkis..ada yang kata untuk awet muda heheh bagi Adaa, asalkan namanya sayur satu ciri utama iaitu serat tetap ada..jadi santap ajaa hehe

Susah ke masak tangkis? Tak pun..bak kata orang campak2 aje..

Ambil kuali, masukkan santan ..bilis..cili api tumbuk..kunyit..tangkis..kacau sampai masak hehee ringkas dan sedap.

*inilah gunanya kawen..dapat kenal banyak benda baru :)

Selamat mencuba!