Minum Air Berais ketika hamil bahaya?

Biasa kan dengar orang kata jangan minum ais masa mengandung nanti baby besar, susah nak bersalin..sejauh mana benarnya kenyataan ni?

Adaa ade jugaklah research2 pendapat orang barat, dan orang kita sendiri berkenaan hal ni..dan satu jawapan yang simple ni mungkin boleh menjawab kerisauan ibu2 yang suke minum ais masa mengandung terutamanya ketika cuaca yang panas sekarang ni huhuhu tak boleh tahan…

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 23 Disember 2011

S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang

J : Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.

See, tak bahaya pon..jangan lah risau sangat ok?

minum air suam atau putih pada suhu bilik bagus sebab badan kita akan lebih terhidrat dan tak mengeluarkan/menggunakan bnyk tenaga untuk memanaskan air tersebut berbanding kalau kita minum air sejuk. Kiranya kalau kita minum air sejuk, sebahagian tenaga kita diperlukan untuk meningkatkan suhu air sejuk tadi kepada paras suhu dalam badan kita, jadi tenaga digunakan..jadi kita akan lebih cepat terdehidrat..tapi bila kita minum air sejuk, selalunya takda sikit2 punya, mesti banyak sebab sedap dan menyegarkan kan..badan kita mesti kata nak lagi nak lagi..so end up, sama je minum air sejuk berais atau air suam …janji badan tak terdehidrat..itu je..takde pulak kes baby besar ye..

*Jom pekena icy water hehehe

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Teras Jernang bandar Baru Bangi
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
About these ads

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s