Tags
imuniti, jerebu 2013, masalah jerebu, mealshake, nutriferon, omega, pencemaran udara, performance drink
Tak perasan pun kes jerebu ni sampailah ada rakan-rakan yang update status kata ada bau asap, berdebu dan sebagainya..rupanya negara sedang dilanda jerebu!
Setakat jam tujuh pagi tadi 19 Jun 2013, Jabatan Alam Sekitar Malaysia melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi di Johor dengan bacaan IPU 142 di Pasir Gudang.
Ini diikuti dengan Larkin Lama dan Kota Tinggi masing-masing pada bacaan IPU 116 dan 107.
Perak bagaimanapun mencatatkan pencemaran udara terendah seluruh Malaysia setakat ini dengan Taiping dan Kampung Air Putih pada bacaan IPU 23.
Secara keseluruhannya seluruh negara mencatatkan bacaan IPU yang sederhana pada 59 peratus dan hanya tujuh kawasan di bawah mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.
NEGERI KAWASAN MASA/BACAAN IPU 7:00PAGI
Johor Kota Tinggi 137*
Johor Larkin Lama 122*
Johor Muar 133*
Johor Pasir Gudang 148*
Melaka Bandaraya Melaka 148*
Melaka Bukit Rambai 114*
Selangor Banting 115*
Owh, dah lah panas, ditambah pula dengan jerebu..lagilah..dengan nak menyambut puasa nye nanti, harap kesihatan kita tak terjejas..
Apa punca jerebu kali ni?
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika, angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
- Tempoh cuaca kering yang panjang
- Keadaan atmosfera yang stabil
- Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
- Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
- Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
- Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
- Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
- Tempoh hujan renyai yang singkat
Setakat ni tiada tanda-tanda jerebu kian pulih..huhu dengan cuaca yang panas ni lagi lah jerebu lambat pulih
Patut lah makin ramai yang kesihatan terganggu..orang ramai pun dah diingatkan agar mengurangkan aktiviti luaran..bagi yang mengalami masalah pernafasan, lagi lah, kena hati-hati..
Bagi yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga..yelah kalo dah kerja nya kat luar mcm mana pulak nak kurangkan aktiviti kan..nak tak nak terpaksa juga keluar..kalau yang duduk dalam rumah ni pon boleh berisiko mengalami masalah kesihatan, apatah lagi yang diluar..
Jadi, adaa sarankan, supplement yang sesuai untuk kita dalam cuaca sebegini:
Omega& mealshake- mengalami masalah pernafasan seperti asma
Nutriferon- Perisai terbaik untuk meningkatkan imuniti tubuh badan anda
Performance Drink- Mengelakkan anda mengalami dehydration. Performance drink bantu anda hydrate lebih cepat dari air.
Jadi, buat pilihan bijak!
*nak gi ambil nutriferon satu sachet























